Panduan Menyalin Kenalan ke dalam YES Altitude.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Apabila menerima telefon pintar baru, perkara yang menjadi masalah adalah tiada nama kenalan untuk dihubungi di dalamnya. Punca inilah juga menyebabkan kadang-kadang guru tidak mahu menggunakan telefon pintar pinjam yang diberikan oleh KPM ini.

Tetapi, usaha yang dilakukan oleh seorang guru ini sangat membantu warga pendidik tentang bagaimana cara kita mahu memasukkan nombor kenalan ke dalam telefon pintar. Sebagaimana yang kita maklum, kita boleh melakukan panggilan percuma sesama rakan guru yang lain dengan menggunakan YES Altitude. Yang penting wujudnya talian YES di tempat tuan/puan.

Itulah yang dilakukan oleh Guru Advokasi ini,
Usaha yang terbaik!!!

Apa yang boleh saya terangkan di sini secara ringkas ialah beliau telah 

  1. Menghasilkan senarai nama guru bersama nombor telefon YES dalam bentuk Excel.
  2. Data tersebut diimport masuk ke dalam Google Contact.
  3. Menamakan semula Group yang dihasilkan.
  4. Synchronize data tersebut dengan Yes Altitude pada akaun Google dengan cara Off dan On semula option 'Contacts'.
  5. Selesai!

Sedikit ilmu yang boleh dipelajari bagaimana cara
beliau menguruskan nombor telefon YES rakan gurunya.




05 December 2016

Leaps Of Knowledge 2016 : Betul-Betul Membina Hubungan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


30 November 2016 merupakan detik yang dinantikan oleh warga pendidik seluruh Malaysia di mana telah berlangsungnya satu perjumpaan "Leaps of Knowledge (LOK) : Creating Connections". Pendapat saya LOK ialah satu acara yang sangat menarik dan perlu diteruskan pada tahun akan datang.

Hotel ala-ala omputeh

Pada kali ini, LOK diadakan di 
Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Lama juga saya tidak berpeluang menziarahi mana-mana hotel yang berbintang-bintang sebegini. Pendaftaran LOK dijalankan di tingkat 1 hotel. Peserta perlu menunjukkan tiket masuk yang perlu dicetak terlebih dahulu dirumah, tunjuk dengan 'phone' pun boleh jugak.

Tiket masuk ke LOK kali ini. Otai Frog VLE belanja saya tiket masuk, FREE!

Setiap peserta diberikan dengan sekeping kad nama berserta nombor meja. Meja saya untuk LOK kali ini ialah bernombor 41. Disitulah tempat bertapa dari pagi sehingga petang. LOK dimulakan dengan mendengar ucapan dasar yang disampaikan oleh 3 orang hebat yang berasal dari luar negara Malaysia, iaitu Profesor James Arthur, Thomas Arnett dan Dr Tom Harrison.



Selepas itu, agenda diteruskan dengan penyampaian anugerah 1Bestarinet untuk tahun 2016. Tahniah diucapkan kepada guru yang merangkul anugerah ini. Setiap orang dapat Samsung Chromebook tuu...memang best.


Turut tidak ketinggalan ialah Vinnie Chan Award yang dirangkul dengan jayanya oleh SMK Tengku Mahmud 2, Terengganu. Mereka menjalankan projek alam sekitar di Bukit Keluang. Tahniah diucapkan kerana penyertaan sulung anda telah membuahkan hasil. 



Ala-ala wartawan la pulak datang ke depan. *Ini semasa sesi bengkel.
Ada sumbangan ke tak?

Dan acara yang dinanti-nantikan pun bermula. Setiap kumpulan perlu menjalani 2 bengkel yang akan dijalankan satu di sebelah pagi dan satu lagi di sebelah petang. Bengkel dimulakan dengan sesi ice breaking, mencari padanan kad fungsi widget, permainan uji minda, dan lain-lain lagi. Setiap aktiviti telah ditetapkan masanya dan para peserta memang perlu pantas dalam menyiapkan tugasan kumpulan yang diberikan.

Fasilitator @ Gold Advocate Teacher

Mencari padanan yang betul.
Dah siap!

Bergambar sekeping dulu sebelum pulang.

Bagi setiap meja, terdapat seorang fasilitator yang telah melayakkan diri masing-masing sebagai Guru Advokasi Emas. Golongan ini terdiri daripada guru yang sangat komitmen dalam menyebar maklumat gaya pembejalaran abad ke 21 dengan menggunakan modul yang disediakan. Modul-modul tersebut adalah seperti PIE, Chendol, Puff, Cake dan untuk LOK kali ini turut memperkenalkan satu modul baru iaitu modul "Nasi Lemak". Sedap woo...!. Secara ringkasnya, modul Nasi Lemak adalah mengenai cara mengunakan 3 aplikasi penting bersama telefon Yes Altitude. 

Kaunter jualan barangan Frog. Yang penting plastik cover edisi LOK berada dalam tangan.

Apabila sesi LOK hampir ke penghujungnya, sebelum mengambil kereta yang diparkir seharian dengan cas sebanyak RM10, saya telah membeli belah beberapa cenderamata kenang-kenangan untuk LOK kali ini. 

Jumpa lagi tahun depan, 2017. Bye...Bye.


Koleksi Foto saya sepanjang Leaps Of Knowledge 2016.

Created with flickr slideshow.
03 December 2016

Upload Gambar Frog Snap Terus ke dalam Laman!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sebelum mengedarkan peranti YES Altitude kepada rakan guru yang lain, saya telah mengambil dulu peranti ini untuk dihadamkan. Alhamdulillah, saya menemui benda yang menarik pada aplikasi ini iaitu Frog Snap.



Setelah dipasang ke dalam telefon bersama ID Yes, applikasi ini membolehkan kita memuat naik gambar terus ke dalam laman Frog VLE dengan hanya beberapa klik. Tak percaya boleh cuba.

Peringatan: Anda perlu membina satu laman terlebih dahulu dengan menggunakan komputer. Tambah widget dengan menarik dan lepas widget "Photo Stream" ke dalam laman itu. Selepas itu, ikuti langkah di bawah ini :


1) Lancarkan aplikasi Frog Snap
2) Ambil gambar dengan menggunakan pilihan yang disediakan

3) Klik butang tengah untuk muat naik gambar itu.


4) Klik pada site dan pilih site anda.


5) Taipkan nama site tersebut


6) Gambar siap dimuat naik ke dalam site/laman.


7) Gambar sudah sedia untuk dilihat.


Hari ini, saya telah gunakan aplikasi ini untuk membina galeri gambar sempena Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah.


Lawati laman di sini : >>Galeri Gambar Hari Anugerah<<





Pengagihan Peranti YES Altitude kepada Warga Guru Daerah Sabak Bernam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Syukur kepada Allah. Pada 22 November yang lepas, wakil guru dari tiga buah daerah yang berbeza telah datang berkumpul di dewan UMNO Kuala Selangor bagi majlis pengagihan peranti YES iaitu YES Altitude 4G LTE. Saat yang sangat mengujakan semua warga guru dengan hadiah yang diberikan oleh KPM. Terima kasih KPM!

Majlis bermula pada pukul 9:30 pagi dengan ucapan Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Ahli Parlimen Kuala Selangor dan wakil YTL. Pengagihan bermula pada pukul 12 tengah hari. Untuk SKTDI, saya menunggu untuk angka giliran yang ke -30. Lama juga proses yang dijalankan agar tidak berlaku masalah setibanya di sekolah nanti.

Setiap guru akan dihadiahkan jumlah data sebanyak 4 GB sebulan oleh KPM dalam 1Bestarinet Fasa 2 ini. 2GB data dengan menggunakan telefon pintar YES Altitude dan 2GB data lagi boleh menggunakan peranti lain seperti dongle, huddle dan zoom. Tujuan pemberian peranti ini adalah memudahkan guru mencari sumber pengajaran atas talian dalam penyediaan laman Frog VLE.




Setelah peranti dihidupkan, apa yang boleh saya katakan ialah wow! Setiap peranti perlu memasang 3 aplikasi yang berbeza iaitu Frog Assignment, Frog Snap dan Frog Chat. Saya berjaya memuat turun semua aplikasi dan mencubanya. Pada entri akan datang saya akan kongsikan pengalaman menarik menggunakan aplikasi ini.

Peranti ini adalah amanah yang diberikan. Data digunakan untuk tujuan PDP dan bukan untuk tujuan lain.












Video Peribahasa Melayu Kami : Digital Story Telling Animation 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pertandingan Digital Story Telling Animation telah kembali semula untuk tahun ini. Sekolah kami telah cuba untuk menyertai pertandingan ini. Video animasi kali ini dipertandingkan pada peringkat kebangsaan. Ini bermakna video kami terpaksa melalui mungkin beratus-ratus video penyertaan dari semua negeri di Malaysia. Fuh!!
Video yang dihasilkan dalam masa 1 minggu telah siap diedit dan dipertandingan. Penilaian sudah pun dijalankan di Bahagian Teknologi Pendidikan. Cuma yang tinggal hanya menunggu pengumuman pemenang bagi kategori ini. Ini merupakan penyertaan pertama sekolah!!!

Dengan mengambil tema peribahasa nilai-nilai murni, kami telah memilih peribahasa "Jika Tidak Dipecahkan Ruyung Manakan Dapat Sagunya". 3 orang murid dipilih dan seorang guru untuk menyertai pertandingan ini. Peranan murid adalah sebagai suara latar manakala penceritaan dan susun atur grafik cerita dilakukan oleh guru sendiri.

Video animasi dihasilkan dengan menggunakan aplikasi Animaker versi percuma. Klik SINI untuk baca mengenai Animaker.

17 November 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#KATA-KATA ANDA

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -