Rakaman Video PDPC Cikgu Afiq : TMK Tahun 4

Assalamulaikum dan salam sejahtera.



Pada akhir bulan Ogos, saya telah menerima satu surat arahan daripada PPD agar setiap Guru Ikon PAK 21 setiap sekolah daerah Sabak Bernam dapat menyediakan satu rakaman pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, bagi memenuhi arahan tersebut, saya telah pun merakamkan satu video mengenai pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan sendiri di dalam kelas.

Rakaman dijalankan di dalam kelas tahun 4. Subjek yang dipilih adalah Teknologi Maklumat & Komunikasi. Manakalah tajuk yang diajar adalah mengenai bidang multimedia : Elemen dalam Multimedia.

Oleh kerana video ini telah dimuat naik ke dalam simpanan video YouTube saya, jadi rasa rugi jika saya tidak tuliskan satu kisah mengenainya di dalam blog ini sebagai perkongsian. Ini bukan contoh yang terbaik. Saya yakin cikgu-cikgu mempunyai kaedah yang lebih baik.

Video ini bukanlah mengenai kaedah pengajaran yang terbaik tetapi saya cuba untuk menjadi pengamal PAK21. Secara jujurnya, agak sukar untuk saya jalankan kaedah ini lagi-lagi bagi memenuhi elemen pentaksiran SKPMG2.

Saya mulakan dunia abad ke 21 dengan memilih kaedah yang popular iaitu Gallery Walk. Lima stesen perlu diwujudkan bagi tajuk ini. Oleh itu, saya menggunakan khidmat fail kosong kerana dapat ditegakkan di atas meja dengan stabil. Ini merupakan cara termudah dan termurah. Sepatutnya, kita perlu ada papan atau kadbod untuk menyokong bahan pameran kita. Jadi, jangan contohi saya sebab bukan inovasi!

Segala jenis BBM disediakan dalam laman VLE. Dengan menggunakan projektor dan juga Chromecast, saya dapat menghasilkan pengajaran tanpa wayar dan saya bebas bergerak di dalam kelas. Aplikasi Frog Snap turut digunakan sebagai alat yang membantu saya untuk memuat naik hasil kerja murid ke dalam laman VLE saya.


Video di atas digabung dan disunting menggunakan perisian Cyberlink Power Director. Dirakam dengan menggunakan telefon Samsung Note 2. Saiz asal suntingan video adalah 1.8Gb dan dapat "compressed" kepada 300Mb dengan menggunakan perisian sumber terbuka HandBrake


KOLABORASI ATAS TALIAN : GOOGLE HANGOUTS & QUIZIZZ

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada 24 Ogos yang lalu, saya telah menjalankan aktiviti kolaborasi subjek sejarah atas talian dengan menggunakan Google hangouts dan juga Quizizz. Objektif utama kolaborasi ini adalah untuk mencuba kelainan pedagogi PDPC yang seiring dengan pembelajaran abad ke 21.

Saya bekerjsama dengan Cikgu Fatimah dari SK Sungai Limau, Sungai Besar. Segala jenis bahan disediakan oleh beliau. Saya dan murid hanya menjalankan aktiviti yang telah disediakan olehnya. Pencabar utama dalam kolaborasi kali ini adalah talian internet!


Sudah semestinya Kamera Web sangat diperlukan dalam sesi kolaborasi kali ini. Selain daripada menggunakan laptop atau pun netbook yang sudah pun memiliki kamera web yang sedia terpasang, saya telah mencuba cara "Visualizer" dengan menggunakan telefon samsung Note 2 yang dikawal bersama oleh aplikasi android dan juga perisian PC yang dinamakan sebagai DroidCamX.


Terima kasih kepada Cikgu Romie atas perkongsian ilmu ini hasil daripada bengkel Digital Ink, Green Screen & Google Apps di Kolej Tingkatan 6 Tunku Abdul Rahman yang lalu.


Kolaborasi telah dimulakan dengan sesi memperkenalkan diri oleh ketua kelas kedua-dua buah sekolah. Selepas itu, murid mencuba aplikasi atas talian yang dinamakan sebagai Puzzle, mencantumkan semula keratan rawak gambar sehati sejiwa.

Kemudian, tibalah sesi yang dinanti-nantikan iaitu sesi menjawab soalan Kuiz Kemerdekaan Malaysia dengan menggunakan Quizizz. Alhamdulillah, sekolah saya berjaya memperoleh Emas, Perak dan Gangsa dalam kuiz ini. Yeah!


Pada 10 minit terakhir sebelum berakhirnya sesi kolaborasi ini, terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan iaitu ketidak stabilan talian internet Yes 4G. Apabila hari menjelang tengah hari, kualiti internet sudah mula menurun dan berlakunya kesesakan dalam talian. Walaupun saya agak kecewa tetapi daripada situasi ini, murid boleh mempelajari cara bagaimana gambarannya kesesakan talian internet itu. Murid boleh membuat perbandingan di antara kelas biasa dan kelas atas talian seperti ini.


Apa yang boleh saya kongsikan berdasarkan kepada pengalaman ini adalah:
  1. Elakkan komputer guru menggunakan talian yang sama digunakan oleh murid.
  2. Pastikan uji lari kelajuan dijalankan sebelum & semasa sesi kolaborasi dijalankan agar video atas talian tidak terganggu.
  3. Jangan lupa lakukan percubaan terlebih dahulu bagi memastikan kita bersedia dan tahu mengatasi masalah yang bakal timbul nanti.
  4. Sediakan talian internet alternatif, talian peribadi jenis 4G LTE jika berlakunya masalah diluar jangkaan.
  5. Guru perlu sangat bersedia dan  dengan pelbagai jenis dugaan semasa sesi kolaborasi sedang berlangsung.
  6. Guru perlu mahir dengan peralatannya dan juga aplikasi yang digunakan.
  7. Kenapa tidak menggunakan Kahoot untuk menjawab kuiz?. Jawapannya adalah terletak kepada talian internet yang ada. Saya sendiri telah mencuba Kahoot, tetapi malangnya masa tindak balas sebenar Kahoot sangat-sangat perlahan apabila digabungkan dengan Google Hangout. Murid akan terlepas menjawab dan juga menjadi kecewa.
  8. Gunakan 2 projektor. Satu digunakan untuk memaparkan Google Hangout, gambar murid sekolah dan satu projektor lagi digunakan untuk memaparkan reaksi pada laman Padlet yang dikongsikan.
  9. Paling penting, jangan lupa baca Bismillah dan doa!




Selesaikan Masalah Flash Pada FrogPlay Anda!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada perkongsian ini saya ingin bawakan satu penyelesaian kepada masalah Flash yang berlaku dalam FrogPlay. Akhir-akhir ini, Frogasia telah melancarkan kempen penggunaan Frogplay dalam kalangan guru dan murid di sekolah-sekolah. Walaupun begitu, terdapat masalah teknikal yang memerlukan sedikit ilmu untuk diselesaikan.


Tanda-Tanda Flash Anda Tidak Berfungsi Dengan Baik.


Pada "Student Room" selepas melancarkan Frogplay, terdapat dua perkara yang jelas tidak berfungsi dengan baik. yang pertama adalah fungsi "Tong Cat" untuk memberi pilihan kepada murid menukar latar belakang bilik kepada pelbagai jenis warna dan corak yang digemari.

Perkara yang kedua adalah mengenai kegagalan "Membuka Laci" selepas diklik berkali-kali. Jadi, ini adalah masalah Flash pada pelayar internet kita (browser). Pada perkongsian kali ini saya bawakan penyelesaian kepada pelayar internet jenis Google Chrome.

Para pembaca boleh menonton video yang saya sediakan.

FrogPlay : Kod Untuk Membuka Laci & Tebus Barangan Percuma

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Huruf 'O' sering disebut oleh orang ramai dengan agak panjang terutama sekali apabila bertemu dengan jawapan yang tidak kita pernah tahu selama ini. Samalah seperti diri saya. Bagaimana situasinya?

Ooooo...baru saya tahu ade laci dan boleh dibuka rupanya.
Dalam perkongsian oleh rakan sekerja, rupa-rupanya terdapat sebuah laci misteri yang terdapat dalam Bilik Pelajar.


Apabila laci ditekan, maka padanan kekunci nombor akan terpapar dan pelajar perlu meneka secara rawak nombor yang akan membuka laci tersebut. Apabila laci berjaya dibuka, terdapat sehelai kertas akan memberi tahu anda tentang hadiah misteri tersebut.


Dunia hari ini adalah dunia Google yang canggih. Maka, saya telah bertemu dengan beberapa padanan nombor yang akan memberikan anda pelbagai jenis hadiah misteri yang diingin-inginkan selama ini.




03 August 2017

JOM Tebus Kuota 1GB Percuma daripada YES

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hari ini telah heboh dalam media sosial terutamanya aplikasi Telegram di mana setiap orang guru boleh menebus Hadiah Percuma yang diberikan oleh pihak YES kepada warga guru. Apakah hadiah tersebut? Hadiahnya ialah kuota internet 1GB yang boleh dipilih sama ada ditambah pada kuota LTE Yes Altitude atau pun pada Broadband Yes (seperti di Dongle).

Saya telah mencubanya dan telah pun berjaya. Di saat saya menulis entri blog ini, saya menggunakan hadiah percuma yang diberikan pihak Yes. Terima kasih YES. Ecewah....

Bagi memudahkan guru di sekolah menebus kuota percuma ini, jadi saya telah menyediakan sebuah rakaman video mengenainya. Di saat semua sekolah sedang melaksanakan pengisian penarafan SSQS, adalah sangat digalakkan agar guru-guru dapat mempraktikkan kemahiran pembelajaran kendiri yang melibatkan bidang ICT.

02 August 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

LATIH TUBI MATEMATIK UPSR

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -