Assalamualaikum dan salam sejahtera.

PdPR ialah merupakan singkatan kepada Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah. Kaedah pembelajaran ini mula diperkenalkan setelah dunia dilanda musibah Covid 19 yang makin hari makin ganas dan kini pandemik ini masih membimbangkan semua pihak ditambah pula dengan kewujudan varian baru.

Di rumah, murid akan duduk belajar bersama peranti elektronik, modul, buku teks, dan lain-lain. Kebiasaanya murid akan belajar terlebih dahulu dan kemudian akan menyiapkan latihan sebagai penilaian. Setelah itu, ibu bapa akan menghantar gambar tugasan anak-anak kepada guru masing-masing untuk disemak atau pun untuk dibuat pembetulan.

Selalunya gambar tugasan yang dihantar dalam keadaan kabur, senget, gelap, terpotong tepi dan lan-lain lagi. Masalah ini sebenarnya dapat dielakkan dengan cara menggunakan satu aplikasi yang wajib ada dalam telefon ibu bapa iaitu Camscanner.


Hantar Gambar Tugasan Anak dengan Camscanner

Camscanner merupakan satu aplikasi yang dibangunkan oleh sekumpulan pembangun aplikasi yang terletak di China. Aplikasi ini boleh dipasang dalam telefon jenis android mahu pun IOS.


Antara kelebihan yang ditawarkan ialah

1. Smart Cropping

Mengesan bahagian tepi setiap muka surat dan membantu pengguna mendapatkan hasil gambar yang terbaik walaupun dokumen diimbas dalam kedudukan senget.



2. Auto enhance

Membantu mendapatkan hasil imbasan yang jelas dengan menggunakan pilihan filter yang ada seperti menukar dokumen kepada pilihan hitam putih, magic color dan lain-lain lagi.



3. E-Signature

Tandatangan dokumen secara elektronik tanpa perlu mencetak dokumen/ borang terlebih dahulu.



4. Question Book

Bina set soalan latihan sendiri dengan cara mengimbas soalan-soalan terpilih dalam buku. Aplikasi ini akan membantu pengguna membina set soalan latihan baru.



Cara Guna Camscanner

1. Download dan pasang (install) Camscanner ke dalam telefon. Dapatkan aplikasi di sini : Google Play Store.

2. Ambil gambar tugasan dan pilih filter yang sesuai.

3. Kongsi dokumen dengan orang lain. Pilih format yang ingin dikongsikan sama ada bentuk imej (jpeg) atau pun PDF.
 


Kesimpulannya

Dengan aplikasi ini kita menjadikan kamera telefon sebagai pengimbas (scanner). Kita tidak perlu lagi membeli pencetak yang mempunyai pengimbas. Kini kita dapat mengimbas sebarang dokumen seperti tugasan PdPR anak-anak dengan cepat dan pantas dengan menggunakan Camscanner.