Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

KAEDAH UNITARI & VARIASINYA

Situasi di Pasar Tani

Penjual buah-buahan  menawarkan harga 2kg buah mangga bersamaan dengan RM10. Bagaimana pula bagi 3 kg mangga? Berapakah pula harganya?


Situasi di pasar basah.

Berapakah yang perlu dibayar sekiranya kita ingin membeli 600 gram sotong? Sedangkan harga yang dijual adalah 1kg = RM30? Bagaimanakah pengiraan dilakukan?

Sebab itulah ilmu Matematik sangat penting. Lagi-lagi kemahiran mencongak. Dalam Matematik sekolah rendah, terdapat satu kaedah yang akan dipelajari oleh murid. Kaedah itu ialah Kaedah Unitari


Apakah itu Kaedah Unitari? 

Kaedah ini ialah satu cara yang digunakan untuk menyelesaikan permasalahan matematik yang melibatkan tajuk nisbah dan kadaran.
Kaedah Unitari memerlukan kita mencari nilai bagi SATU UNIT terlebih dahulu. Kemudian barulah didarabkan dengan nilai yang dikehendaki.

Merujuk kepada situasi di pasar tani, untuk mendapatkan harga bagi 3 kg mangga, kita perlu mencari nilai bagi 1 kg mangga terlebih dahulu, iaitu RM5. Kemudian, RM5 didarabkan dengan berat mangga yang dikehendaki iaitu 3kg. Maka, harga 3 kg mangga ialah RM15.



Klik sini sekiranya anda tidak dapat melihat paparan di atas.

Selain itu, saya turut menjumpai kaedah pengiraan lain dalam menyelesaikan soalan ini seperti kaedah kadaran dan kaedah silang yang dikongsikan oleh guru-guru matematik di YouTube.


Dua Variasi yang menggunakan Kaedah Unitari


Rupa-rupanya terdapat dua jenis variasi yang menggunakan kaedah Unitari ini iaitu Direct Variation dan Inverse Variation. Untuk Matematik di sekolah rendah, Direct Variation lazimnya ditanya kepada murid.

1.    1) Direct Variation / Variasi Terus

·        Apabila kuantiti pertama meningkat, kuantiti kedua turut meningkat.

·        Contohnya :

o   Banyak beli buah epal, banyak duit perlu dibayar.

o   Banyak pekerja, banyak kerja boleh dilakukan.

o   Banyak buat pinjaman wang, banyak faedah perlu dibayar.

o   Banyak pokok ditanam, banyak buah yang boleh dituai

 

2.     2) Inverse Variation / Variasi Songsang

·        Apabila kuantiti pertama meningkat, kuantiti kedua akan berkurangan dan sebaliknya.

·        Contohnya :

o   Apabila banyak pekerja, kurang masa diperlukan untuk siap.

o   Apabil tainggi kelajuan kereta, kurang masa diambil untuk sampai ke destinasi

o   Apabila banyak alat penyiram pokok, kurang masa yang diambil untuk selesaikan semua pokok.



Sekolah Rendah & Kaedah Unitari

Murid sekolah rendah akan mula diperkenalkan dengan kaedah ini di tahun 4 lagi dalam tajuk Nisbah dan kadaran.

Buku Teks Matematik Tahun muka surat 222. 

Biasanya, tajuk ini mula diajar di tahun 5 dan 6, tetapi terdapat semakan kurikulum baru-baru ini dan salah satu perubahannya ialah dengan pengenalan tajuk nisbah dan kadaran dalam buku Matematik tahun empat.


Contoh-Contoh Soalan Kaedah Unitari Variasi Terus.

Bagaimana agaknya rupa soalan yang murid sekolah rendah perlu kira dengan kaedah ini? Di sini saya senaraikan beberapa contoh soalan yang biasanya diuji.

1. 6 biji oren adalah RM6.50. Berapakah harga bagi 9 biji oren? 

2. Aiman boleh membungkus 100 buah kotak selama 2 jam. Berapakah jumlah kotak yang dia bungkus selama 3 jam?

3. Ibu membeli 6 meter kain langsir dengan harga RM36. Berapakah harga 9 meter kain langsir yang sama?

4. Harga 2 gram emas ialah RM340. Berapakah harga bagi 7 gram emas?

5. Kereta Ali boleh bergerak sejauh 120 km dengan 10 liter petrol. Berapakah jarak yang dia boleh capai dengan 15 liter pula?

6. 100 gram baja perlu dicampurkan dengan 20 liter air. Berapakah gram baja yang diperlukan bagi 50 liter air?