Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pandemik Covid telah membataskan sesuatu aktiviti tahunan yang telah dirancang pada awal tahun. Walaupun begitu, perkara ini tidaklah menjadi isu yang besar kerana kita dapat melaksanakan juga aktiviti tersebut walaupun dalam keadaan yang terbatas.

![]() |
Studio dirasmikan oleh Cikgu Mohd Jaluli bin Hj Yahaya, KPPD Sabak Bernam |
![]() |
Rakaman ucapan perasmian oleh YB Cikgu Muslimin bin Yahaya, Timbalan Menteri Pendidikan 1 |
Antara pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini selain daripada pegawai PPD sendiri ialah pasukan Multimedia PPD Sabak Bernam (channel Youtube) dan Gegar Digital Learning (GDL). Kedua-dua pihak ini telah memainkan peranan masing-masing dalam menjamin perjalanan dari mula hingga akhir kolokium.
Dalam kolokium ini, terdapat 10 pembentangan yang terdiri daripada individu dan juga kumpulan guru yang pelbagai jawatan. Selain itu, terdapat juga pembentang daripada negeri Johor dan Perak.
Berikut ialah senarai pembentang yang terlibat :
Untuk kolokium ini, saya telah diberikan peluang sebagai moderator kedua. Sejujurnya, saya tidak pernah melibatkan diri dalam aktiviti seumpama ini. Terima kasih kepada PPDSB kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk telribat sama dalam aktiviti yang hebat ini. Inilah pengalaman pertama saya!
![]() |
Bersama Cikgu Juhaida dalam slot pembentangan terakhir. |
![]() |
Rehersel sampai jadi. Tamat pada pukul 1 pagi. |
![]() |
Persediaan terakhir dari segi teknikal oleh urusetia |
![]() |
Moderator 1, Cikgu Anas bersama dengan Cikgu Tee |
![]() |
Urusetia bahagian semakan kualiti video online. |
![]() |
Green Screen, OBS Software & dual screen oleh team Multimedia PPD Sabak Bernam |
0 Comments