30 Mei 2018


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ada rakan guru yang bertanya kepada saya tentang telefon yang sesuai digunakan bersama Kad Sim Yes. Sebenarnya, Kad Sim Yes bukanlah sebarangan kad sim yang boleh dimasukkan ke dalam mana-mana telefon pintar. Bagi telefon pintar persendirian yang agak ketinggalan zaman sudah tentulah kad sim ini tidak lagi menyokong fungsi LTE-nya kerana telefon lama jenis ini masih menggunakan teknologi 3G termasuklah telefon saya Samsung Note 2.


Ada yang bertanya saya,
Cikgu Afiq! Boleh ke Kad Sim Yes dimasukkan ke dalam tablet Lenovo Utusan? Jawapannya, tentulah TIDAK BOLEH. Kerana teknologi tablet Lenovo tersebut hanya menyokong rangkaian 3G sahaja.





Jadi, adakah Yes mempunyai rangkaian 3G?
Jawapannya adalah TIDAK. Hanya teknologi LTE sahaja yang digunakan pihak Yes. Anda boleh cuba memasukkan kad sim  Yes ke dalam telefon lain dan cuba buat carian pembekal/provider Yes dengan teknologi 3G. Bak kata seniman agung P.Ramlee, tunggu punya tunggu, bulan tak timbul-timbul!


Cikgu Afiq, adakah sim kad Yes hanya boleh digunakan bersama dengan telefon Yes Altitude sahaja?
Sudah semestinya Yes Altitude boleh digunakan bersama sim kad ini. Walaupun begitu, janganlah berdukacita kerana sim kad jenis ini turut disokong oleh telefon-telefon pintar jenama lain yang canggih pada hari ini. Saya pun memahami tahap 'canggihnya' telefon Yes Altitude ni macam mana. Fuh......


Kalau begitu, berilah kami senarai telefon pintar tersebut. Manalah tau telefon peribadi kami menyokong sim kad Yes ni.

Jawapannya adalah : anda boleh rujuk di laman Yes dengan menekan pautan ini : Semak Peranti Anda di Sini!


Maka, dengan adanya senarai ini sedikit sebanyak boleh membantu anda yang merancang untuk membeli telefon baru yang banyak di pasaran yang boleh menyokong sim kad Yes.

Mana tidaknya, kekangan membawa telefon persendirian dan Yes Altitude kemana-mana adalah menyusahkan. Jadi, pindahkan saja kad sim Yes ke dalam telefon peribadi kita. Senang dan mudah.


7 Responses so far.

  1. Zte v7 lite bleh spport x?

  2. Asus max pro boleh saport tak?

  3. Klau tablet Tu 4g LTE support tak

  4. Belum tentu lagi. sebab sim kad Yes hanya sokong band tertentu sahaja. Macam saya ada Samsung Tab A. Talian 4G mmg support. Tapi x boleh guna dgn sim kad YES.

  5. Yes
    Alcatel
    Google
    Huawei
    Leagoo
    Nokia
    Oppo
    Samsung
    Realme
    Sony
    Xiaomi
    Vivo

    Setakat ni, hanya brand yg ni je support sim kad Yes. ZTE xde.

  6. tengok pada senarai syarikat yes, Asus x tersenarai. So...bertabahlah.

  7. Xiaomi redmi note 4 boleh kah digunakan

# Bunting Matematik

# Ikuti Blog Ini

# Modul Percuma!

# Modul Percuma!
Latih tubi murid tahun 6 UPSR

# Koleksi Buku Program

# Koleksi Buku Program
Disediakan dalam Powerpoint size A4

# Carian Penulisan Lain

pablodolah. Dikuasakan oleh Blogger.

- Copyright © Blog Cikgu Mohd Afiq - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -