Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


data YES 2GB setiap bulan khas untuk guru

Sudah la dapat data 2GB percuma setiap bulan,

beli data tambahan pada harga RM15 untuk 20GB.


Pengumuman Awal Disember 2020

YTL Foundation telah membuat pengumuman awal Disember dalam Facebook rasmi mereka tentang data internet percuma 2GB khas untuk warga guru. Data percuma ini diberikan kepada guru sebagai sokongan dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran di rumah semasa pandemik Covid-19.



Pada mulanya saya keliru sama ada sim kad data 2GB ini mempunyai persamaan dengan data 2GB 1Bestarinet dulu.


Tetapi apabila dirujuk kepada laman rasmi YTL, sememangnya perkara ini merupakan tawaran baru kepada warga guru. Cumanya, sim kad data 2GB kali ini, guru perlu mohon sendiri dengan mengisi google form yang disediakan.


google form permohonan sim kad 2GB terbaru YES untuk guru


20GB data hanya RM15!

Apa yang boleh saya kata ialah WOW.

Tawaran data tambahan yang boleh dikatakan sangat murah dan berbaloi. Bagi guru yang mempunyai data yang terhad, tawaran ini adalah yang terbaik buat masa ini. Cuba lah mana tahu berguna. kan?


Cumanya, jika dibandingkan dengan pelan 1bestarinet pada telefon Altitude, data tambahan boleh dibeli serendah 5GB pada harga RM5. Data tambahan ini hanya sah digunakan selama 30 hari sahaja.


Bahan Pembelajaran Percuma

Dapatkan bahan pembelajaran berasaskan kurikulum kebangsaan dari Darjah 1 ke Tingkatan 5 di sini secara percuma untuk membantu guru mengajar dalam talian.


Saya Tak fahamlah! 

Sekiranya timbul soalan lanjutan mengenai hal ini, sudilah kiranya anda menekan link INI untuk ke laman utama YTL untuk membaca FAQ yang telah disediakan.


<< Mohon Sekarang >>