Assalmualaikum dan salam sejahtera.


Sebelum sesi persekolahan sesi 2019 tamat, seperti biasa setiap sekolah akan mengadakan Hari Kecemerlangan bagi meraikan murid-murid yang telah mencapai prestasi yang terbaik. Tidak lupa kepada tokoh murid yang dipilih berdasarkan kepada prestasi bidang yang diceburi.

Bagi sekolah saya, tiga jenis pengiktirafan diberikan iaitu :

Tokoh Murid (Lelaki) - Perdana/PPKI
Tokoh Murid (Perempuan) - Perdana/PPKI
Tokoh Murid Kokurikulum - Perdana/PPKI


Tugasan yang diberikan kepada saya adalah menyediakan tiga video tokoh murid kategori perdana. Hampir seminggu juga saya memperuntukkan masa untuk menyediakan video-video ini. Mana tidaknya, setiap tokoh mempunyai tema video yang berbeza.

Dalam membikin video ini saya menggunakan perisian Filmora. Ramai juga dalam kalangan guru yang menggunakan perisian ini untuk tujuan yang sama. Bagi guru yang advance, perisian Adobe memang menjadi pilihan. Yang masih belum mahir dan ingin bermula dalam bidang video editing, dicadangkan menggunakan perisian ini kerana sangat memudahkan.


Kebiasaan yang saya lihat, cikgu-cikgu lebih suka menghasilkan video gambar (slideshow) semata-mata. Boleh saya katakan agak membosankan jika penonton melihat gambar statik selama 3-5 minit. Maka, selitkan sedikit video penglibatan atau pun video yang berkaitan dengan tokoh. Rakam guna telefon pintar je.