Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Melalui panitia matematik, saya telah merancang satu
aktiviti explorace khas untuk murid tahun 6. Aktiviti ini telah dijalankan
sebelum UPSR 2019 lagi. Tujuan utamanya adalah sebagai aktiviti pengukuhan yang
bersifat santai setelah mereka bertungkus lumus siang dan malam di dalam untuk
UPSR tahun ini.
Dalam segmen kali ini, saya ingin kongsikan bahan-bahan yang digunakan dalam setiap stesen explorace yang telah dijalankan.
STESEN BOWLING
1. Setiap orang peserta akan melakukan lontaran secara bergilir.
2. Peserta melontar dengan menggunakan bola kertas yang disediakan.
3. Peserta membuat lontaran kepada botol-botol yang disusun oleh fasilitator.
4. Botol yang tumbang mewakili nombor soalan yang perlu dijawab oleh peserta.
5. Fasilitator merekodkan markah kumpulan dalam borang yang disediakan.
3. Ahli kumpulan yang lain bertindak sebagai pemandu arah.
4. Arahan perlu diberikan dalam Bahasa Inggeris.
STESEN BOWLING
1. Setiap orang peserta akan melakukan lontaran secara bergilir.
2. Peserta melontar dengan menggunakan bola kertas yang disediakan.
3. Peserta membuat lontaran kepada botol-botol yang disusun oleh fasilitator.
4. Botol yang tumbang mewakili nombor soalan yang perlu dijawab oleh peserta.
5. Fasilitator merekodkan markah kumpulan dalam borang yang disediakan.
STESEN SI BUTA
1. Seorang ahli dipilih untuk menjadi si buta.
(Menutup mata dengan kain
yang disediakan)
2. Si buta perlu mengutip 10 soalan yang disediakan di atas permukaan
lantai.3. Ahli kumpulan yang lain bertindak sebagai pemandu arah.
4. Arahan perlu diberikan dalam Bahasa Inggeris.
(Turn Left/Right, Go
Straight, Stop)
5. Peserta menjawab kesemua soalan dan semak bersama fasilitator.
STESEN TEKA
SIAPA SAYA
1. Sebelum peserta mula menjawab soalan teka teki di
stesen ini,
murid perlu menjawab soalan lisan mudah yang diberikan oleh
fasilitator.
2. Sekiranya murid berjaya, dia bebas memilih mana-mana
nombor soalan.
3. Soalan diberikan dan murid mencari
jawapan.bersama-sama.
4. Murid turut dibekalkan dengan sebuah kamus sebagai
rujukan.
STESEN CONGAK
MINDA
1. Peserta akan diberikan 8 buah soalan congak
matematik.
2. Peserta perlu menyelesaikan soalan dalam masa
terpantas.
3. Kumpulan yang berjaya mengumpul jawapan betul
terbanyak dan
masa menjawab terpantas akan dikira sebagai sebagai pemenang.
Penulisan lain yang berkaitan
2 Comments
Sangat membantu. Terima kasih cikgu.