Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bermula awal tahun ini, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan pertandingan Digital StoryTelling (DST) Animation 2017 yang bertujuan mencungkil bakat dan minat murid dalam industri animasi, di samping menggalakkan penghasilan bahan kreatif melalui teknologi dan membudayakan penggunaan teknologi / ICT dalam PdPc.


Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah rendah dan menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau bagaimana pun, hanya satu (1) animasi terbaik dari setiap kategori di peringkat negeri akan dipertandingkan ke peringkat kebangsaan. Tema produksi animasi yang perlu dihasilkan adalah “Kisah Teladan / Value in The Story”. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum/pada 1 Ogos 2017.

Jadi di sini saya ada menyediakan contoh-contoh video DSTA yang dimuatnaik ke dalam YouTube yang mana boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi dan pencetus idea.

Klik pada gambar untuk menonton senarai video DSTA, jangan lupa klik skip ads