Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada kali ini, saya ingin kongsikan sebuah software animasi atas talian yang seronok digunakan iaitu Animaker. Software ini adalah seangkatan dengan Powtoon. Siapa tidak kenal dengan Powtoon kan? Malah bagi PPD Sabak Bernam, sebuah bengkel pengenalan Powtoon kepada GPB iaitu Guru Penyelaras Bestari telah pun diadakan sebagai input tambahan kepada mereka. Seperkara lagi, saya bukan GPB yer!
Pilih pelan PERCUMA. Puas hati baru langgan! |
Terdapat 4 jenis pelan yang boleh dilanggan oleh anda. Sebagai permulaan, tidak salah untuk mencuba pelan PERCUMA. Cuma kena beringat dengan terma dan syaratnya dengan sebuah video hanya berdurasi 2 minit, 5 buah video sebulan dengan kualiti SD.
Pilih akaun yang mudah bagi anda! |
Pengguna Gmail dan Facebook sangat beruntung kerana tidak perlu melengkapkan borang pendaftaran yang meremehkan. Hanya perlu pilih akaun yang mana untuk digunakan bersama Animaker.
Apabila sudah log masuk, anda akan ditawarkan dengan beberapa jenis template yang sedia ada. Jika anda mahukan originaliti idea sendiri, anda boleh pilih template kosong. Di situlah bermulanya terjemahan idea anda!
Setelah template dipilih, tunggu hingga hamparan selesai loading. Bermulalah segalanya. Sebuah pop up tutorial akan menerjah skrin anda. Lihatlah tutorial itu untuk gambaran yang lebih jelas mengenai pembikinan video animasi berdurasi 2 minit bagi pelan PERCUMA.
Video yang telah siap, hanya boleh dieksport melalui YouTube dan Facebook. Segala video animasi anda terdapat di sana. Untuk simpanan, muat turun semula video itu dan bagi pelan percuma, hanya kualiti SD sahaja dengan 480p.
Psst...Saya guna Animaker dalam pembikinan "Digital Storytelling Animation" wakil daerah Sabak Bernam ke peringat Negeri Selangor. 17 Ogos ni tarikh tutupnya. Doakan team sekolah saya berjaya yer.
Klik pada "Get Started" untuk mula! |

0 Comments