Archive for Mei 2015

Excel : Cara Tentukan Gred Markah Murid

Assalamualaikum dan salam kedamaian.

Selepas ujian, saya lebih suka menyimpan markah murid dalam bentuk Excel sebagai simpanan sendiri. Walaupun warga guru sudah ada sistem yang bagus seperti SAPS, saya lebih suka menyimpan markah dalam bentuk Excel untuk tindakan seterusnya seperti analisis soalan dan juga membina graf.

Selepas markah dikira, masalah menentukan gred terjadi. Semenjak KSSR dijalankan, markah murid tidak lagi digred mengikut cara lama iaitu zaman KBSR. Jika zaman dahulu kita ada gred A hingga E, tetapi sekarang kita sudah ade Gred A hingga F.

Jadi, jom kita belajar cara menentukan gred murid secara mudah menggunakan Excel.

COPY & PASTE formula di bawah ini.

=IF(C4<=0,"TH",IF(C4<=39,"F",IF(C4<=49," E",IF(C4<=59,
"D",IF(C4<=69,"C",IF(C4<=84, "B","A"))))))

24 Mei 2015
Tag :

Cara Memasukkan Flash.swf ke dalam blog.

Assalamualaikum dan salam kedamaian.



Pada kali ini, saya akan terangkan bagaimana cara saya memasukkan/meletakkan flash dokumen ke dalam ruangan entri yang dikehendaki. Dokumen ini adalah berbentuk pendidikan dan pengajaran.

Langkah yang akan kita gunakan nampak seperti sukar pada permulaannya, jika kita faham dan ingat, Insyallah....kerja akan menjadi mudah.

Saya akan menerangkan langkah-langkahnya dalam bentuk slide PowerPoint yang telah ditukar format daripada .ppt kepada .swf.


KOD HTML
Sila COPY kod HTML di bawah ini. PASTE pada ruangan bawah entri anda. Jangan lupa tukarkan "YOUR FILE LINK.swf" kepada pautan yang diambil dari Google Site.
<div dir="ltr" style="text-align: left;" trbidi="on">
<embed height="480" pluginspage=" http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" src="YOUR FILE LINK.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="620"></embed></div>

Klik pada bahan flash di bawah. Anda akan dibawa mempelajari tutorial ini satu persatu. 

Tukar POWERPOINT.ppt kepada FLASH.swf

Assalamualaikum dan salam kedamaian.

Semenjak terlibat aktif dan juga dilantik sebagai guru muda bagi sistem pengajaran dan pembelajaran yang sangat interaktif iaitu FrogVle, banyak juga ilmu yang bermanfaat telah diperolehi dan seterusnya mendorong saya untuk menyebar luaskan ilmu yang telah saya peroleh hasil daripada kursus GM1M FrogVle itu.

Berbalik kepada tajuk kali ini, bagaimana cara untuk kita menukarkan slide POWERPOINT kepada bentuk flash agar mudah dimasukkan ke dalam SITE FrogVle.

Langkah 1
Sediakan terlebih dahulu slide powerpoint beserta dengan kesan efek yang menarik.

Langkah 2
Sila muat turun perisian yang bernama : iSpring Free

Langkah 3
Install/pasang perisian tersebut. Buka persembahan PowerPoint kita tadi.

Langkah 4
Perhatikan kepada "Tab" yang bernama iSpring Free pada menu PowerPoint itu. Klik padanya dan tekan pada butang "Publish"



Langkah 5
Selesai. Carilah fail flash anda dalam My Document.


Langkah 6
Ucapkanlah Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah.


22 Mei 2015

Kaedah Darab Bentuk Lazim

Assalamualaikum dan salam kedamaian.


Masalah utama murid dalam mempelajari matematik adalah tidak mengingati sifir dengan baik. Perkara ini turut mempengaruhi tajuk-tajuk yang lain. Kesan yang terbesar adalah kepada membahagi yang mana prosesnya adalah terbalik atau pun mengundur berbanding darab.

Darab bentuk lazim turut tidak ketinggalan di mana murid-murid sukar untuk menjawab soalan seperti ini. Bagi memudahkannya, saya telah mengajar murid dengan membina rumah nilai tempat. Rumah ini sedikit sebanyak membantu murid agar tidak keliru dengan nombor yang sepatutnya didarabkan.

Inilah merupakan standard kandungan dan pembelajaran KSSR yang harus dipelajari murid tahun 3.


Kita terus kepada cara yang saya gunakan.

Sebagai contoh, murid diperkenalkan

14 x 5 = 

Nombor ini melibatkan pengumpulan semula di mana agak menyukarkan murid-murid. Mereka keliru untuk meletakkan hasil darab yang mana satu pada ruangan jawapan.

Klik bahan bergambar di bawah bagi membantu anda memahami cara saya mengajar darab. Bahan yang ditunjukkan boleh diubah mengikut daya kekreatifan anda.

KAHWIN itu sunnah

Tiada ucapan yang agung melainkan ucapakan kalimah Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya kepada Allah s.w.t

Minggu ini merupakan musim perkahwinan dan ramai anak-anak muda berani menyahut seruan agama agar mendirikan rumah tangga di usia yang muda. Aku tak terlepas daripada terkena tempias itu kerana minggu lalu, sepupu aku telah menamatkan zaman bujangnya. Alhamdulillah.

Pelamin yang pernah ku duduk dahulu, kini ku duduk kembali bagi menghidupkan roh perkahwinan kami dahulu.












# Blogger Pendidikan

# Blogger Pendidikan
Satu komuniti blogger pendidikan terbesar Malaysia dengan misi untuk memangkin kualiti pendidikan Malaysia menerusi penulisan ilmiah pada platform blog.

# YouTube Cikgu

# Langgan Blog Ini

# E-Latihan

Himpunan e-Latihan Matematik UPSR Sekolah Rendah 2020

# Modul Percuma!

# Modul Percuma!
Latih tubi murid tahun 6 UPSR

# Carian Penulisan Lain

pablodolah. Dikuasakan oleh Blogger.

- Copyright © Blog Cikgu Mohd Afiq - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -