Assalamualaikum dan salam kedamaian.


Selepas ujian, saya lebih suka menyimpan markah murid dalam bentuk Excel sebagai simpanan sendiri. Walaupun warga guru sudah ada sistem yang bagus seperti SAPS, saya lebih suka menyimpan markah dalam bentuk Excel untuk tindakan seterusnya seperti analisis soalan dan juga membina graf.

Selepas markah dikira, masalah menentukan gred terjadi. Semenjak KSSR dijalankan, markah murid tidak lagi digred mengikut cara lama iaitu zaman KBSR. Jika zaman dahulu kita ada gred A hingga E, tetapi sekarang kita sudah ade Gred A hingga F.

Jadi, jom kita belajar cara menentukan gred murid secara mudah menggunakan Excel.

COPY & PASTE formula di bawah ini.

=IF(C4<=0,"TH",IF(C4<=39,"F",IF(C4<=49," E",IF(C4<=59,"D",IF(C4<=69,"C",IF(C4<=84, "B","A"))))))