Assalamualaikum dan salam kedamaian.
Semenjak terlibat aktif dan juga dilantik sebagai guru muda bagi sistem pengajaran dan pembelajaran yang sangat interaktif iaitu FrogVle, banyak juga ilmu yang bermanfaat telah diperolehi dan seterusnya mendorong saya untuk menyebar luaskan ilmu yang telah saya peroleh hasil daripada kursus GM1M FrogVle itu.
Berbalik kepada tajuk kali ini, bagaimana cara untuk kita menukarkan slide POWERPOINT kepada bentuk flash agar mudah dimasukkan ke dalam SITE FrogVle.
Langkah 1
Sediakan terlebih dahulu slide powerpoint beserta dengan kesan efek yang menarik.
Langkah 2
Sila muat turun perisian yang bernama : iSpring Free
Langkah 3
Install/pasang perisian tersebut. Buka persembahan PowerPoint kita tadi.
Langkah 4
Perhatikan kepada "Tab" yang bernama iSpring Free pada menu PowerPoint itu. Klik padanya dan tekan pada butang "Publish"
Langkah 5
Selesai. Carilah fail flash anda dalam My Document.
Langkah 6
Ucapkanlah Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah.
0 Comments