Assalamualaikum dan salam kedamaian.


Masalah utama murid dalam mempelajari matematik adalah tidak mengingati sifir dengan baik. Perkara ini turut mempengaruhi tajuk-tajuk yang lain. Kesan yang terbesar adalah kepada membahagi yang mana prosesnya adalah terbalik atau pun mengundur berbanding darab.

Darab bentuk lazim turut tidak ketinggalan di mana murid-murid sukar untuk menjawab soalan seperti ini. Bagi memudahkannya, saya telah mengajar murid dengan membina rumah nilai tempat. Rumah ini sedikit sebanyak membantu murid agar tidak keliru dengan nombor yang sepatutnya didarabkan.

Inilah merupakan standard kandungan dan pembelajaran KSSR yang harus dipelajari murid tahun 3.


Kita terus kepada cara yang saya gunakan.

Sebagai contoh, murid diperkenalkan

14 x 5 = 

Nombor ini melibatkan pengumpulan semula di mana agak menyukarkan murid-murid. Mereka keliru untuk meletakkan hasil darab yang mana satu pada ruangan jawapan.

Klik bahan bergambar di bawah bagi membantu anda memahami cara saya mengajar darab. Bahan yang ditunjukkan boleh diubah mengikut daya kekreatifan anda.