10 September 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kulit depan bulan September
Serah foto secara atas talian, cetak dan di albumkan, kemudian di serahkan secara pos laju. Kualiti foto yang disediakan turut mengamit mata yang memandang walaupun foto-foto yang dihantar adalah kebanyakannya daripada Whatapps dan kamera Note 2. Terdapat juga beberapa foto dari DSLR. 

Pada bulan Ogos tempoh hari, sempena bulan kemerdekaan, LifeBuuk telah menawarkan 3 buah album foto dengan hanya RM60. Jika tempahan di luar waktu promosi, harga bagi sebuah album dikenakan sebanyak RM28 dengan bersaiz 4R.

Sebuah album mempunyai 50 keping gambar. RM28 dibahagi dengan 50 keping, bermakna sekeping gambar adalah bersamaan dengan 56 sen sahaja. Saya tidak kecewa kerana dengan jaminan kualitinya. Kertas foto yang baik menjadikan foto jenis Whatapps yang kabur pun tetap kelihatan cantik dan menarik. Apatah lagi jenis DSLR, meleleh!

Anda diberikan pilihan sama ada ingin memuat naik gambar daripada 3 jenis sumber iaitu daripada memori telefon, Facebook dan Instagram.

Tidak sabar untuk menggunakannya?
Anda perlu muat turun app Lifebuuk di Google Store, SINI.
Ikuti langkah yang disediakan. Penerangan bergambar amat memudahkan urusan. Urusan pencetakan dan penghantaran mengambil masa kurang daripada 10 hari. Perlu bersabar menunggu. Nombor penghantaran pos akan dikemaskini di dalam app anda.


Gambar dalam Whatapps memenuhkan memori telefon. Pindahkan ke dalam album foto.


Gambar anak pertama 2 tahun lepas. 



Setiap bulan kita diberikan 3 pilihan corak muka hadapan album yang menarik.




Kita boleh menambah kapsyen pada setiap foto. Ada 50 keping perlu dibuat.

Foto dapat diceraikan daripada album dengan hanya mengoyakkan garisan yang disediakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

LATIH TUBI MATEMATIK UPSR

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -