Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada bulan September 2016 ini, kita dikejutkan dengan kemaskini yang ditunggu-tunggu oleh ramai pendidik iaitu penaiktarafan fungsi kuiz frog vle. Untuk pengetahuan semua, sebelum ini kita mempunyai 4 jenis bentuk kuiz yang boleh diberikan kepada murid tetapi sekarang dengan adanya kemaskini ini, kita dihadiahkan lagi dengan 5 jenis bentuk kuiz yang baru. Ini bermakna kita mempunyai 9 jenis bentuk kuiz yang dapat menjamin penilaian tahap pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.



9 September yang lalu, saya telah menerima sebuah emel di dalam inbox Yes Mail, makluman mengenai penaiktarafan kuiz ini. Mesejnya adalah seperti berikut.


Bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai tambahan kuiz Frog Vle, mari sama-sama kita menonton video yang telah disediakan oleh pihak Frogasia.










Pihak Frogasia telah menyediakan manual bagi setiap kuiz yang dikemaskini. Setiap orang guru boleh membacanya di bawah ini :


Masa untuk mencuba benda baru. Gunakan sehabis baik!

Saya telah berkesempatan membuka sebentar dan melihat bagaimana rupa bentuk kuiz tersebut dan ternyata kuiz yang selama ini didampingi telah berubah sepenuhnya. Wow! Menakjubkan!

Isikan maklumat asas kuiz yang ingin digunakan terhadap murid.

Masukkan soalan dan yang menariknya, kita dapat tentukan markahnya? Jika sukar, tinggikan skor markahnya dan sebaliknya.

Kita mempunyai beberapa pilihan jenis kuiz yang dapat digunakan. Pilih kesesuaian dan gunakannya!

Kurang faham mengenainya? Tanyalah pada guru ICT sekolah dan mintalah dilaksanakan LADAP.