Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada 15 Julai ini, sekolah akan dibuka buat kali pertamanya dengan menerima
kehadiran murid tahun 5 dan 6. Bagi murid 1 hingga 4 pula, mereka dibenarkan
hadir pada 22 Julai.
Walaupun sekolah dibenarkan untuk beroperasi, guru dan murid perlu mematuhi
SOP yang telah digariskan oleh pihak KPM. Salah satu daripadanya adalah
dengan mengalakkan murid membasuh tangan dengan sabun sekerap yang
mungkin.
Dalam memenuhi saranan SOP ini, terdapat guru yang berdaya kreatif dengan
mereka dan membina sendiri tempat basuh tangan yang ekonomi tanpa perlu
mengeluarkan kewangan yang besar.
Dengan menggunakan barangan plastik yang boleh didapati dari kedai
serbaneka seperti Eco Shop, Mr DIY dan lain-lain lagi.
Dalam penulisan kali ini, saya ingin kongsikan beberapa idea bekas basuh
tangan yang boleh dijadikan sumber inspirasi guru-guru lain.
0 Comments