Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kecilkan Video 200mb kepada 20 mb dengan Handbrake.

Guru, Youtube & Google

Semenjak sekolah ditutup disebabkan oleh penyebaran Covid-19 di seluruh dunia, sekolah-sekolah di Malaysia terutamanya tidak dibenarkan beroperasi seperti biasa. Hal ini menyebabkan guru dan murid terpaksa melakukan pengajaran dan pembelajaran di rumah masing-masing.

Disebalik situasi buruk yang berlaku pada hari ini telah menyebabkan guru-guru di luar sana banyak menghasilkan video-video pengajaran yang sangat berkualiti dari segi isi kandungan. Terdapat juga guru yang mengaplikasikan teknik layar hijau (green screen) dalam penghasilan video pengajaran. Memang sangat canggih!

Sepanjang PKP sehinggalah PKPP pada hari ini, terdapat ramai guru yang telah mempunyai channel sendiri di YouTube. Malah, ada guru yang telah pun mula dibayar oleh Google kerana mencapai 1000 subsciber dan 4000 jam tontonan. Hebat cikgu, tahniah!

Dalam penulisan kali ini, saya ingin berkongsikan cara bagaimana kita boleh mengecilkan saiz video contohnya 200mb kepada 20mb kepada yang lebih kecil.

Kenapa perlu kecilkan saiz video?

Jawapannya ialah bagi memendekkan masa proses muat naik video ke dalam YouTube.

Bagi pengguna yang ingin memuat naik video 2Gb sebagai contoh sudah semestinya memerlukan masa yang agak lama. 

Sekiranya video itu dikecilkan terlebih dahulu, tempoh masa muat naik video akan dapat dipendekkan.

Kecilkan Video 200mb kepada 20 mb dengan Handbrake.

Kebiasannya bagi video yang telah dikecilkan (compressed), kualiti video akan sedikit terjejas. Hal ini kerana pemilihan perisian turut memain peranan. Sekiranya perisian yang digunakan tidak bagus, kualiti video akan kelihatan agak teruk.

Tetapi, perisian yang macam mana boleh mengecilkan saiz video tanpa mempengaruhi kualitinya?

Perisian Percuma Handbrake

Satu perisian sumber terbuka yang boleh dimuat turun oleh sesiapa sahaja. Perisian ini boleh dipasang di mana-mana platform popular seperti Linux, MacOS dan juga Windows.

Bagaimana menggunakannya?
Jom tonton video ini.