Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada hari pertama pembukaan sekolah nanti, semua guru dan pelajar sekolah menengah kelas peperiksaan yang akan hadir. Bagi sekolah rendah, guru diwajibkan hadir seperti biasa manakala murid-murid masih lagi belum dibenarkan untuk menjalani PDP seperti biasa.

Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia tentang pembukaan sekolah pada 24 Jun ini, sudah semestinya pihak sekolah perlu memastikan keadaan sekolah benar-benar selamat untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu, bagi memastikan murid dan pelajar sentiasa diingatkan dengan penjarakan sosial dan juga norma baharu Covid 19, sudah semestinya selain daripada peringatan lisan, poster dan banner turut memainkan peranannya.

Saya kongsikan poster yang dihasilkan oleh rakan saya sendiri iaitu Cikgu Ahmad Idrus Rahmad dari Sarawak.

Beliau telah kumpulkan bahan-bahan poster ini daripada pelbagai sumber dan dijadikan dalam bentuk powerpoint.

senarai poster covid 19 oleh Cikgu Ahmad Idrus

senarai poster covid 19 oleh Cikgu Ahmad Idrus

Poster Covid 19 yang ditampal di Sk Ng Malong Saratok
Poster yang ditampal di Sk Nanga Malong Saratok.