Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kenali Dimensi
Dalam matematik, dimensi boleh ditakrifkan kepada kebolehupayaan sesuatu titik untuk bergerak (degrees of freedom).
Dimensi 0
Satu titik yang tidak boleh bergerak ke mana-mana.
Dimensi 1
Satu titik yang boleh bergerak ke dimensi
kiri - kanan
yang akan membentuk satu garisan yang dikenali sebagai panjang.
Dimensi 2
Satu titik yang boleh bergerak ke dimensi
kiri - kanan
atas - bawah
Pergerakan titik ini akan membentuk pelbagai bentuk yang dipelajari oleh
murid sekolah rendah seperti segi empat sama, segi tiga sama kaki, pentagon
dan lain-lain lagi.
Dimensi 3
Satu titik yang boleh bergerak ke dimensi
kiri - kanan
atas - bawah
depan - belakang
Pergerakan titik ini akan membentuk pelbagai bentuk seperti kubus, kuboid,
silinder dan lain-lain lagi.
Maksud Luas
Luas bagi sesuatu bentuk ialah jumlah permukaan yang meliputinya.
Bagi membayangkan maksud luas ini kita boleh merujuk jubin-jubin lantai di
rumah kita. Bagi sebuah bilik, berapakah jumlah jubin yang diperlukan untuk
menutupi / meliputi lantai bilik itu? Jika 1 jubin itu berukuran 1 kaki
persegi. Kira jangan tak kira!
Mengira Luas Bentuk 2D
Di peringkat sekolah rendah, murid dikehendaki tahu dan faham tentang
konsep luas. Terdapat dua cara yang digunakan dalam mengira luas sesuatu
bentuk. Yang pertama ialah kaedah unit persegi dan kaedah kedua adalah
dengan mengunakan formula.
Dalam penulisan kali ini, kaedah pertama yang akan dihuraikan dengan lebih
lanjut.
Langkah Pertama Yang Penting
sebelum mula mengira luas, murid perlu memeriksa terlebih dahulu panduan
yang diberikan dalam soalan.
Kebiasannya panduan yang diberikan adalah 1 unit x 1 unit. Tetapi apa-apa
boleh berlaku seperti 2 unit x 2 unit. Dan perkara ini bergantung kepada
kehendak soalan yang ditanya.
Masalah Lazim
Murid mengalami masalah mengira luas yang melibatkan lorekkan yang tidak sempurna. Mereka akan menganggap lorekkan separuh ini sebagai lorekan dan luas yang sempurna. Sangat bahaya!Video Sumber Luas Kaedah Persegi
Di kesempatan ini saya ada membuat satu video sumber pengajaran dan
pembelajaran yang boleh membantu murid memahami konsep luas dengan kaedah
persegi.
Jangan lupa Subsribe, like & share channel saya yer!
Terima kasih.
0 Comments