Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Zaman Teknologi Pencetak
Suatu ketika dahulu, jika anda mahu mencetak sesuatu dokumen, sudah
semestinya anda akan menggunakan komputer yang bersambung kepada pencetak
dengan menggunakan wayar USB.
Isi Kandungan Artikel
Zaman mula berubah dan semakin canggih. Pengeluar pencetak sudah mula
menghasilkan pencetak tanpa wayar (wireless) yang membenarkan pengguna
mencetak tanpa sambungan USB.
Apabila telefon pintar mula dicipta, ramai pengguna mahu mencetak dengan
menggunakan telefon tanpa menggunakan komputer lagi kerana dapat menjimatkan
masa.
Mana tidaknya, untuk mencetak kita terlebih dahulu perlu memindahkan fail
tersebut dari telefon ke komputer. Cara biasa yang digunakan adalah dengan
menggunakan Telegram.
Dan kini, cara ini merupakan pilihan yang
popular dalam kalangan ibu bapa dan guru dalam musim Perintah Kawalan
Pergerakan, Covid-19 kerana kebanyakan kerja rumah dihantar oleh guru dalam
bentuk digital yang perlu dicetak oleh ibu bapa.
Aplikasi Nokoprint
Nokoprint merupakan salah satu aplikasi percuma yang berada di dalam Google
Playstore yang boleh dimuat turun dan digunakan oleh pengguna Android.
Aplikasi ini membenarkan pengguna mencetak secara tanpa wayar (wireless),
menggunakan USB dan juga melalui bluetooth. Walaupun begitu, cara termudah
adalah dengan menggunakan sambungan USB-OTG.
Kenali Sambungan USB OTG
Merupakan satu sambungan yang membenarkan data dibaca tanpa perlu sambungan
pihak ketiga iaitu komputer. Biasanya kita memerlukan komputer sebagai
perantara.
Dengan adanya USB OTG ini, kita boleh membaca dan memindahkan data dalam telefon pintar ke peranti lain.
Dan salah satu daripada fungsi OTG ini ialah membenarkan pengguna
menghubungkan telefon kepada pencetak tanpa memerlukan komputer.
Anda boleh dapatkan USB OTG ini di kedai-kedai gajet yang berdekatan atau pun membelinya secara atas talian melalui Shopee atau pun Lazada.
Harga sekitar RM10 ke bawah bagi OTG jenis biasa. Bagi jenis yang berkualiti harga tidaklah terlalu tinggi. Semuanya bergantung kepada kewangan anda.
Tonton Video Cara Sambungan USB OTG
Bagaimana sambungan OTG boleh dilakukan? Jom tonton video yang telah saya
sediakan sebagai panduan para pembaca.
Jangan lupa Subsribe, like & share channel saya yer!
Terima kasih.
0 Comments