Assalamualaikum dan salam sejahtera.

belajar bahagi konsep sama banyak untuk murid sekolah rendah tahap 1

Bahagi Fakta Asas Paling Sukar?

Di peringkat sekolah rendah, setiap orang murid mesti menguasai empat fakta asas wajib iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Walaupun begitu, bahagi merupakan fakta asas yang sukar untuk difahami dan diselesaikan oleh murid.

operasi pembahagian yang salah dilakukan oleh murid


Hal ini kerana salah satu daripada puncanya ialah murid gagal untuk menguasai sifir dan darab dengan baik. Mana tidaknya, salah sahaja satu sifir, pengiraan murid akan dikira sebagai salah dan tiada markah kasihan diberikan oleh guru. 

Apakah itu bahagi?

Bahagi ialah satu proses membentuk sesuatu secara sama adil dengan menghasilkan kumpulan-kumpulan kecil yang sama banyak daripada suatu kumpulan yang besar.

konsep bahagi sama banyak bentuk gambar


Sebagai contoh, 10 (banyak) biji buah epal dibahagikan kepada 5 (sedikit) orang. Pastinya setiap seorang akan memperoleh 2 biji buah epal secara sama banyak.

Bahagi turut juga dikenali sebagai penolakan yang berulang-ulang (repeated subtraction).

Bahagi Tahap 1 Sekolah Rendah

Di usia muda, murid tahap 1 akan diperkenalkan dengan konsep asas bahagi sama banyak. Guru perlu memastikan setiap murid faham dan tahu bahawa bahagi adalah proses menjadikan sesuatu jumlah besar kepada kumpulan jumlah kecil yang sama banyak.

Jika konsep ini diabaikan dan tidak dititik beratkan, murid akan alami kesukaran menyelesaikan pernyataan masalah seperti :

masalah murid dalam menentukan operasi yang sesuai dalam pengiraan penyelesaian masalah matematik

Video Konsep Bahagi Sama Banyak

Murid tidak tahu operasi apa yang sesuai dan akhirnya murid akan memilih secara rawak di antara empat operasi fakta asas yang mereka tahu. Senang kata murid akan tembak!

Selain daripada penggunaan bahan maujud di dalam kelas, penggunaan video turut memberi kesan kepada kesan pembelajaran murid. Dalam membantu murid lebih memahami konsep bahagi, saya telah membuat satu video ringkas yang menerangkan konsep sama banyak. 

Semoga bermanfaat!
Jangan lupa subscribe, like & share channel cikgu yer!