Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1Bestarinet & Guru

Sememangnya 1Bestarinet dan guru mempunyai pertalian yang sangat rapat. Mana tidaknya, Frog VLE merupakan pelantar pembelajaran maya yang terkenal di Malaysia suatu ketika dahulu sebelum pendidikan kita kini beralih kepada pelantar baru iaitu Google Classroom.

Guru, murid dan ibu bapa turut dibekalkan dengan ID Yes dengan harapan dapat menggunakan pelantar ini (Frog VLE) untuk tujuan pendidikan tidak kira masa dan tempat kerana ianya bercirikan awan (cloud).

Yes Altitude & Data 2Gb/bulanan

Tambahan itu juga, setiap orang guru turut diberikan sebuah telefon pintar Yes Altitude bersama data penggunaan 2 GB sebulan. Walaupun kontrak syarikat telekomunikasi YTL ini telah tamat pada tahun 2019, para guru masih boleh menggunakan data YES yang diberikan secara percuma.

Saya yakin dan percaya, ramai rakan guru yang sudah lagi tidak menggunakan telefon pintar tersebut. Masalah bateri dan skrin berkelip-kelip merupakan masalah biasa yang ditemui pada peranti.

Walaupun telefonnya sudah tidak lagi boleh digunakan, tetapi sim kad 1bestarinet masih boleh diguna pakai pada peranti/telefon lain yang terkini. Semak peranti anda (Di sini)

Hadiah Hari Guru 2020 oleh YES

Semenjak PKP & PKPB dilaksanakan, talian internet menjadi semakin perlahan khususnya di Malaysia. Bagi pengguna Umobile dengan GX30 seperti saya akan terasa bebannya. Sebagai sokongan kepada data utama, saya turut melanggan add-on dengan harga RM1 untuk 1GB data. Biasanya saya melanggan RM10 sahaja untuk sebulan.

hadiah hari guru 2020 oleh YES kepada semua pendidik.

Pada 16 Mei 2020 yang lalu, seluruh warga pendidik dikejutkan dengan satu mesej pemberian khas data percuma berjumlah 30 GB. Bagi suami dan isteri yang bergelar guru, anda menerima 60GB data internet. Wow...banyak tu!

Siapa tidak gembira menerima jumlah data sebegitu banyak. Saya sendiri amat bersyukur dan dikesempatan ini ingin mengucapkan terima kasih kepada YES atas pemberian hadiah Hari Guru yang bermakna ini.

Setelah empat hari menggunakan data percuma ini, saya masih mempunyai baki sebanyak 30GB daripada 42GB
2GB (free)
10GB (beli)
30GB (hadiah Hari Guru)
Pantau penggunaan data 1bestarinet yes4g guru

Untuk makluman semua, data percuma 30GB ini akan luput pada 15 Jun 2020.

Tarikh luput data 30gb yes4g guru 1bestarinet hadiah hari guru

Periksa Penggunaan Data YES Anda

Untuk memantau penggunaan data YES, terdapat dua cara yang boleh kita lakukan.

Cara 1

Sekiranya menggunakan komputer, kita boleh semak data dengan cara log masuk ID YES ke dalam akaun pengguna di www.yes.my

Cara 2

bagi semakan pantas, boleh menggunakan aplikasi Yes4G di Google Play Store pada telefon pintar masing-masing. Memudahkan!

Pasang/install yes4g aplikasi pada telefon pintar

Kenapa Masih Guna & Beli Data YES?

Pertama,

liputan YES sudah semakin luas dan tidak lagi seperti dahulu yang hanya terhad di kawasan sekolah dan bandar-bandar besar sahaja. Jenuh juga dulu ke sekolah cari talian Yes.

Kedua,

taliannya tidaklah perlahan dan tidaklah terlampau laju. Sekitar 5 mbps hingga 15 mbps di kawasan saya (luar bandar). Setakat ini talian tidak mengecewakan. Pujangga pernah berkata "line laju-laju nak tengok Youtube resolusi 4k ke?

Bagi pengguna yang gemar kepada data tanpa batas (unlimited), YES tidak sesuai untuk digunakan. Ramai yang syor langgan Digi RM150. 

Ketiga,

berbaloi! Tawaran add-on yang sangat murah dan tiada tempoh tamat. Data tambahan boleh dibeli serendah RM5 untuk 5GB. Ini bermakna RM1 untuk 1GB. Data yang dibeli akan luput sebelum awal bulan berikutnya dan data tidak boleh dibawa ke hadapan.

Keempat,

sentiasa terbaik! Setakat hari ini, saya tidak pernah alami masalah talian terputus atau bermasalah. Biasanya, apabila yang lain perlahan, dia sorang stabil! Sangat membantu saya apabila diperlukan seperti pembentangan/bengkel ICT dan lain-lain lagi di peringkat sekolah dan daerah.

Kesimpulan

Rata-rata rakan yang saya jumpa, majoritinya masih menggunakan talian dan data percuma 1bestarinet ini. Malah ramai juga yang membeli data tambahan yang murah.

Mungkin sebab itulah sehingga kini walaupun telah tamat kontrak pembekalan internet oleh YTL kepada sekolah, para pendidik masih menikmati kemudahan ini. Sebab ramai yang masih menggunakannya. Ini pandangan peribadi saya sahaja.

Cumanya sekarang, ramai yang bertanya bila talian percuma 2GB setiap bulan ini akan tamat dan ID Yes guru dipadam sepenuhnya?