Assalamualaikum dan salam sejahtera.

mari belajar mengira perimeter bentuk 2 dimensi matematik sekolah rendah

Apakah itu perimeter?

Perimeter ialah ukur keliling bentuk 2 dimensi.

perbezaan bentuk tunggal dan bentuk gabungan 2 dimensi

Bagi mana-mana gabungan bentuk 2 dimensi, murid-murid perlu berhati-hati agar tidak menambah sekali sisi pada bahagian yang bergabung atau tercantum. Sisi yang berada di dalam tidak dikira dalam mencari perimeter. Ingat tu yer!


Apakah operasi untuk perimeter?

Operasi yang boleh digunakan adalah operasi tambah. Murid perlu menambah kesemua sisi luar bagi sesuatu bentuk sama ada bentuk tunggal atau pun bentuk gabungan. 

Selain daripada itu, operasi darab juga boleh digunakan sebagai kaedah yang kedua selepas darab. Keadaan ini hanya terpakai pada bentuk yang mempunyai sisi yang sama panjang (poligon sekata) seperti segi tiga sama, segi empat sama, Pentagon sekata dan lain-lain lagi.

Adakah perimeter mempunyai rumus khusus?

Jawapannya ialah tiada rumus kerana murid hanya perlu tahu konsep perimeter itu sendiri iaitu ukur keliling sesuatu bentuk dua dimensi. Senang kata, dari hujung ke hujung bentuk.
kesalahan biasa murid mengira perimeter


Bagaimana Ingin Menguasai Soalan Perimeter?

Tiada jalan mudah melainkan sentiasa menjawab soalan mengenai perimeter setiap hari. Latih tubi dengan soalan yang pelbagai membantu murid menguasai tajuk perimeter dengan mudah kerana mereka akan mahir selok belok soalan itu.

Selain daripada itu, bagi yang masih tidak jelas dengan tajuk ini, adalah digalakkan untuk menonton video yang telah saya sediakan ini. Jangan lupa Subscribe, Like & Share.