Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dialog Guru dan Murid
Cikgu : Murid-murid, balik rumah ni sila hafal sifir yer.
Itu lah antara dialog yang sering di dengari sejak dari bangku sekolah
rendah sehingga kembali ke sekolah rendah semula sebagai seorang guru
matematik. Dialog ini akan sering digunakan sehinggalah dunia tiba ke
penghujungnya.
Isi Kandungan Artikel
Mengapakah sifir sangat penting?
Tidak menguasai sifir menyebabkan murid tidak mampu melakukan soalan
pendaraban dan pembahagian yang mudah yang akan menyebabkan mereka
ketinggalan di dalam kelas. Masalah ini jika tidak ditangani akan berlarutan
ke sekolah menengah.
Pernah juga apabila ditanya kepada anak murid yang
berada di sekolah menengah akan perihal matematik, dengan yakin mereka
menjawab "Matematik itu senang" kerana boleh menggunakan kalkulator. 6 x7
pun guna kalkulator ke?
Selain daripada itu, murid tidak berupaya untuk mencongak nombor. Mana
tidaknya. apabila diaju soalan tentang menyebut masa pada jam, mereka
memberikan jawapan yang salah kerana tidak menguasai sifir lima. Jarum
panjang betul-betul berada pada nombor 2, disebutnya sebagai 2 minit.
Aduh.....
Bukan sahaja darab dan bahagi mereka tidak kuasai, keadaan ini akan menyebabkan mereka tidak akan menguasai tajuk-tajuk lain yang lain seperti penukaran unit (panjang, jisim, isipadu, luas bentuk 2d, isipadu 3d, pengurusan data dan lain-lain lagi. Seterusnya akan menjadikan murid tidak berminat dengan matematik dan mengabaikannya.
Belajar Sifir Gigi secara santai
Bagi murid tahap 1, aktiviti yang ingin dikongsikan ini adalah sangat
sesuai dengan umur mereka. Aktiviti yang dimaksudkan adalah membina Sifir
Gigi. Sifir ini dibina dengan menggunakan kaedah penambahan berulang-ulang
sambil melukis dan mewarna.
Murid boleh mempelajari sifir (darab) dan juga
dapat memperkukuh kemahiran menambah murid.
Di bawah ini disediakan video yang menerangkan bagaimana Sifir Gigi
dibina.
Jangan lupa Subscribe, Like & Share saluran cikgu
yer!
Isi Kandungan Artikel
0 Comments