Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Murid sekolah rendah akan mempelajari jenis-jenis sudut dalam tajuk ruang dalam subjek Matematik.


Maksud Sudut

Sudut ialah ukuran suatu putaran.
Semakin besar putaran, semakin besar sudut yang terbentuk

Sudut terbentuk apabila dua buah garisan yang bertemu pada satu titik yang sama.


Berapakah Jumlah Sudut

Sebenarnya terdapat enam jenis sudut yang diketahui iaitu
  1. Sudut Tirus / Acute Angle
  2. Sudut Tegak / Right Angle
  3. Sudut Lurus / Straight Angle
  4. Sudut Cakah / Obtuse Angle
  5. Sudut Reflek / Reflect Angle
  6. Pusingan Lengkap / Full Rotation


Jumlah dipelajari sekolah rendah

Walaupun begitu, di peringkat sekolah rendah, murid hanya didedahkan dengan tiga jenis sudut iaitu

  1. Sudut Tirus / Acute Angle 
  2. Sudut Tegak / Right Angle 
  3. Sudut Cakah / Obtuse Angle 



Video Penerangan Sudut

Di dalam mempelbagaikan bahan berkenaan tajuk ruang, saya telah cuba untuk membuat penerangan jenis-jenis sudut menggunakan video. Semoga bermanfaat.

Jangan lupa Subscribe channel saya yer.