Situasi Semasa Covid-19 (3 Mei 2020)

Dua hari lalu, jumlah pesakit yang menghidapi jangkitan Covid-19 semakin berkurangan. Kita turut berasa lega apabila angka yang dicatatkan saban hari telah pun jatuh kepada dua angka.
situasi terkini kes Covid-19 di Malaysia pada 3 Mei 2020
Keadaan ini hanyalah sementara kerana pada 3 Mei 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan bahawa kes baharu adalah sebanyak 122 orang dengan menjadikan jumlah kes adalah 6298. Nampaknya kita kembali semual kepada tiga angka. 

Dalam sidang media tersebut, pengarah kesihatan, YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa Malaysia mempertimbangkan kaedah sama ada menggunakan kaedah PKP atau pun kaedah patuh SOP seperti mana yang diamalkan oleh negera Sweden dan Taiwan.

Kedua-dua negara ini tidak menguatkuasakan PKP (lockdown).

Sekolah Tidak Akan Dibuka Isnin Ini.

Terdapat pelbagai berita yang tular di media sosial khususnya Whatapps yang menjadi medium sejati rakyat Malaysia. Salah satu daripadanya adalah berita mengenai berita tentang pembukaan sekolah pada hari Isnin bersamaan 4 Mei 2020.



Berita ini disangkal oleh Kementerian Pendidikan Sendiri melalui Ketua Pengarah Pelajaranya iaitu Dr. Habibah binti Abdul Rahim dengan mengeluarkan kenyataan bahawa sekolah tidak akan dibuka pada hari Isnin (4 Mei 2020) ini.

Pembukaan Dimaklumkan Dua Minggu Awal

Sekiranya keadaan negara kembali tenteram dan wabak Covid-19 terkawal, pihak KPM melalui Unit Komunikasi Korporat akan memaklumkan tentang pembukaan sekolah dua minggu lebih awal kepada awam.

Hal ini bagi memastikan semua orang bersedia dengan SOP yang perlu dipatuhi ketika berada di kawasan sekolah seperti penjarakkan sosial yang diutamakan. Tentang bagaimana SOP di kelas, di kantin, bilik khas dan sebagainya.

FAQ Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat oleh KPM

Menerusi Facebook Menteri Pendidikan, Dr Radzi bin Md Jidin, beliau berkongsikan kepada umum tentang soalan lazim (FAQ-Frequently Asked Questions) mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) khas untuk warga pendidik dan sekolah. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian menurut KPM.


Walaupun begitu, melihatkan situasi semasa, di media sosial terdapat ramai guru yang tidak setuju untuk dipanggil ke sekolah melainkan keperluan mendesak.

Petisyen Membantah PKPB

Susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dibuat oleh kerajaan Malaysia, terdapat satu petisyen yang telah dilancarkan bagi membantah PKPB ini.

Terdapat rakyat Malaysia yang risau dengan pelaksaan PKPB akan menyebabkan Covid-19 kembali menganas di dalam negara.

Dianggar lebih 350 ribu telah menurunkan tanda tangan di laman Change.org