Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebut sahaja Quizizz, pastinya sebilangan besar warga pendidik di Malaysia khususnya akan mengangguk tahu. Mana tidaknya, platform kuiz atas talian ini bukan sahaja menarik minat murid tetapi juga minat guru dari segi persembahan dan juga penyediaan bahan kuiz yang memudahkan.

Tambah-tambah lagi negara Malaysia masih lagi di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 yang telah mengakibatkan sekolah ditutup dan guru-guru perlu bekerja dari rumah.




Sebelum itu, mari saya terangkan apakah itu Quizizz.
Quizizz ini merupakan alat pembelajaran yang percuma yang menggabungkan elemen reka bentuk permainan yang menyeronokkan untuk membantu pelajar belajar.

Alat pembelajaran ini juga boleh diakses pada semua platform seperti Android, IOS dan juga pelayar web. Seterusnya kita juga boleh menggunakan kuiz yang sedia ada dan juga membina kuiz sendiri.

Menurut laman rasmi Quizizz sendiri mereka mengakui bahawa lebih 10 juta murid di dunia ini menjawab separuh billion soalan yang berada di dalam Quizizz pada setiap bulan. Boleh anda bayangkan bagaimana nombor separuh bilion itu ditulis?




-----------------------------------------

Persoalannya di sini,
siapakah yang telah mencipta Quizizz yang hebat ini?


Sumber : Quizizz.com
Tahukah anda bahawa Quizizz telah diasaskan oleh dua orang alumni BITS Pilani iaitu Ankit Gupta dan Deepak Joy Cheenath yang pada masa itu sedang mengajar pemulihan Matematik di sekolahnya di  Bengaluru, India pada tahun 2015.

Pejam celik, pejam celik, kini Quizizz telah pun berusia 5 tahun yang menjalankan operasinya di dua buah tempat yang berpusat di Bengaluru, India dan juga di Santa Monica, California.


Sumber : Quizizz.com
Sumber : Quizizz.com
Menurut kenyataan Ankit Gupta sendiri, beliau mengatakan
“Misi kami adalah memotivasi setiap pelajar. Apabila kami mendapat tahu bahawa seorang pelajar pada awalnya bertungkus lumus menjawab tugasan matematik tetapi kemudian memainkan hingga enam atau tujuh kali kerana dia inginkan peningkatan, kami tahu kami berada di landasan yang betul.”
Mungkin disebabkan faktor pengalaman mereka berdua mengajar subjek yang mencabar inilah kemudiannya telah mendorong mereka untuk mencipta Quizizz yang bertujuan membantu murid yang lemah dalam pelajaran.

Quizizz Time!
Waktu ini sesiapa pun pasti bersemangat sekiranya guru menjalankan Quizizz secara live di dalam kelas. Mana tidaknya, semua ingin menjadi yang pertama sehingga terlupa markah soalan tersebut dikira berdasarkan jawapan yang betul dan bukannya siapa paling pantas. Ini lah pengalaman saya di dalam kelas.