Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Perubahan Guru Waktu PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersempena dengan ancaman Covid-19 telah merubah senario pendidikan di negara kita.

Mana tidaknya, terdapat ramai guru telah mula meneroka pengajaran berteraskan teknologi semasa, mengakses laman pendidikan sedia ada untuk gaya pembelajaran kendiri dan seterusnya membawa kepada pembinaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif.

PKP telah 'memaksa' warga guru untuk meneroka Google Classroom (GC). Bermula dengan minat ini, akhirnya telah merubah seseorang guru pada asalnya sebagai 'pengguna bahan' menjadi kepada seorang 'penghasil bahan'.

Kenapa 'Penghasil Bahan'?

Hal ini kerana peningkatan mendadak bahan e-latihan untuk murid yang dihasilkan melalui pelbagai aplikasi atas talian yang telah tersedia seperti Google Form, Quizizz, Proprofs, Wordwall dan lain-lain lagi.


Bahan-bahan ini yang pada mulanya hanya dikongsi untuk murid di sekolah guru tersebut telah mula menular dan seterusnya diguna pakai oleh guru lain di dalam negara.

Isu Permasalah yang Wujud

Walaupun begitu terdapat satu masalah yang mana bahan-bahan ini tidak disimpan dalam satu tempat yang mudah untuk diakses oleh semua orang.

Melihatkan kepada permasalahan ini, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu telah mewujudkan satu Portal Pembelajaran One Stop Centre Learning untuk kemudahan warga gurunya.



Terdapat banyak e-latihan yang disumbangkan oleh ramai guru sekolah rendah dan menengah dari seluruh Malaysia. Setakat 26 April sahaja, laman ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak 5804 bilangan e-latihan yang terdiri daripada pelbagai subjek.



Tuntut Sijil Anda Sekarang

Yang lebih menarik minat guru adalah mereka akan menerima sekeping sijil digital sejurus sahaja mengisi borang sumbangan e-latihan ke dalam portal ini.

Saya sudah. Anda bila lagi. Berilah sumbangan walaupun kecil nilainya.