Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini saya ingin berkongsikan cara bagaimana cara untuk memasukkan gambar/imej/foto ke dalam laman Frog VLE tanpa perlu UPLOAD. Sudah semestinya anda lebih biasa dengan widget Media. Widget jenis ini berfungsi sebagai alat yang membenarkan imej, audio dan video dimuat naik dan dimasukkan ke dalam laman VLE.
Widget Media sebenarnya mempunyai beberapa kelemahan. Perbezaan ketara bagi saya ialah widget jenis ini 'tidak mesra pengguna'. Hal ini kerana gambar yang dimuat naik tidak dapat dikecil dan dibesarkan mengikut selera pengguna. Jadi, beralihlah kepada widget Text.
Widget Text? Bukankah widget jenis ini lebih berfungsi untuk meletakkan huruf, aksara, simbol dan nombor di dalam laman? Sebenarnya, widget Text berfungsi lebih daripada itu. Tidak ramai pengguna yang tahu kecanggihan widget ini.
Semestinya. anda boleh membesar dan mengecilkan gambar yang dimuat naik. Tahukah anda bahawa widget ini turut membenarkan pengguna memasukkan gambar TANPA perlu melalui proses memuat naik terlebih dahulu. Tetapi bagaimana caranya?
Caranya adalah dengan mendapatkan alamat (URL) gambar itu terlebih dahulu di dalam Google, sumber utama gambar pengguna.
1) Cari gambar kegemaran anda dalam mana-mana laman web.
2) Klik kanan pada gambar dan pilih "copy image address"
3) Masukkan URL yang disalin dalam widget Text.
4) Ubah Width (lebar) & Height (tinggi) gambar tersebut. Jangan lupa untuk tandakan tick pada Lock Ratio bagi mengelakkan gambar menjadi tidak sempurna.
Saya mahukan gambar Neelofa menghiasi Portal saya agar sentiasa lebih bersemangat! |
Barulah laman VLE saya kelihatan bersemangat kan? |
0 Comments