Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Anugerah Teknologi dalam Pendidikan Negeri Selangor (TEKNOPEN) untuk tahun 2017 telah berlangsung di SAM Tanjong Karang, Selangor PADA 12 Mac 2018. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Noh Bin Haji Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Pada tahun ini, lokasi majlis lebih dekat jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya.
Pada tahun 2017 adalah merupakan tahun kedua saya mewakili daerah Sabak Bernam dalam dua kategori yang dibuka penyertaannya kepada semua warga pendidik negeri Selangor iaitu dalam penilaian ketegori Digital Story Telling Animation (DSTA) Sekolah Rendah dan juga Amalan Terbaik Guru VLE Sekolah Rendah.
Alhamdulillah, kedua-dua kategori ini adalah Johan selepas penyertaan pertama pada tahun sebelumnya adalah Naib Johan. Dan pada tahun ini, pemenang akan direhatkan daripada menyertai kategori sama pada tahun 2018 agar dapat memberi peluang kepada rakan-rakan guru lain dari daerah negeri Selangor.
Tips yang boleh saya berikan bagi kategori VLE, anda perlu aktif dan mempunyai simpanan bukti yang kukuh yang membuktikan penglibatan anda dalam dunia VLE. Sumbangan-sumbangan anda seperti dalam bidang penulisan blog, penghasilan inovasi dan juga penerbitan modul-modul yang berkaitan sememangnya memberi impak yang besar dalam pemberian skor markah oleh juri. Berusahalah!
0 Comments