Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
Untuk kali ini, saya bawakan dua jenis widget berbeza tetapi menjalankan fungsi yang sama dengan keupayaan memasukkan imej/foto ke dalam laman. Widget tersebut ialah widget Media dan widget Text.

WIDGET MEDIA
Sebagaimana yang diketahui ramai, widget Media sering menjadi pilihan pengguna untuk memuat naik atau memasukkan gambar ke dalam laman Frog Vle.


WIDGET TEXT
Manakala bagi widget Text, ramai yang beranggapan bahawa widget Text hanya digunakan sebagai alat untuk memasukkan perkataan yang boleh diubah besar kecil dan warnanya.

Sebenarnya, widget Text boleh menjalankan fungsi widget Media lebih daripada jangkaan kita yang sebenar!




Kesimpulannya, saya lebih cenderung kepada widget Text kerana fungsinya yang lebih baik dari widget Media khusus dalam memuat naik imej/foto.

Masa dapat dijimatkan, susun atur fail pada halaman desktop dalam keadaan baik dan yang paling penting, kita bebas merangka laman pembelajaran dengan lebih kreatif