Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada 24 Februari 2018 nanti,akan mengadakan satu bengkel Digital Classroom yang dianjurkan oleh Majlis Guru Cemerlang Sabak Bernam dengan kerjasama PPD Sabak Bernam dan juga Politeknik Sultan Idris.

Tujuan utama diadakan bengkel seumpama ini adalah untuk menyebar luas maklumat dan pedagogi digital terkini yang sesuai diamalkan oleh para pendidik di dalam kelas selaras dengan abad ke 21 pada hari ini.

Selain itu, bengkel ini diharapkan dapat memberi bimbingan kepada warga pendidik daripada A sehingga Z bagi setiap slot yang dihadiri dan seterusnya guru mampu mengaplikasikannya di dalam kelas tanpa sebarang bantuan pihak lain. Justeru, objektif secara ringkasnya ialah guru tahu dan boleh buat!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bengkel ini sila layari pautan berikut : gg.gg/dcsbernam2018