Archive for Mac 2018

TUTORIAL : Masukkan Gambar tanpa UPLOAD ke dalam VLE.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hari ini saya ingin berkongsikan cara bagaimana cara untuk memasukkan gambar/imej/foto ke dalam laman Frog VLE tanpa perlu UPLOAD. Sudah semestinya anda lebih biasa dengan widget Media. Widget jenis ini berfungsi sebagai alat yang membenarkan imej, audio dan video dimuat naik dan dimasukkan ke dalam laman VLE.

Widget Media sebenarnya mempunyai beberapa kelemahan. Perbezaan ketara bagi saya ialah widget jenis ini 'tidak mesra pengguna'. Hal ini kerana gambar yang dimuat naik tidak dapat dikecil dan dibesarkan mengikut selera pengguna. Jadi, beralihlah kepada widget Text.


Widget Text? Bukankah widget jenis ini lebih berfungsi untuk meletakkan huruf, aksara, simbol dan nombor di dalam laman? Sebenarnya, widget Text berfungsi lebih daripada itu. Tidak ramai pengguna yang tahu kecanggihan widget ini.

Semestinya. anda boleh membesar dan mengecilkan gambar yang dimuat naik. Tahukah anda bahawa widget ini turut membenarkan pengguna memasukkan gambar TANPA perlu melalui proses memuat naik terlebih dahulu. Tetapi bagaimana caranya?

Caranya adalah dengan mendapatkan alamat (URL) gambar itu terlebih dahulu di dalam Google, sumber utama gambar pengguna.

1) Cari gambar kegemaran anda dalam mana-mana laman web.

2)  Klik kanan pada gambar dan pilih "copy image address"

3)  Masukkan URL yang disalin dalam widget Text. 


4) Ubah Width (lebar) & Height (tinggi) gambar tersebut. Jangan lupa untuk tandakan tick pada Lock Ratio bagi mengelakkan gambar menjadi tidak sempurna.


Saya mahukan gambar Neelofa menghiasi Portal saya agar sentiasa lebih bersemangat!




Barulah laman VLE saya kelihatan bersemangat kan?

JOHAN TEKNOPEN 2017 : Digital Story Telling Animation & Amalan Terbaik Guru VLE Negeri Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Anugerah Teknologi dalam Pendidikan Negeri Selangor (TEKNOPEN) untuk tahun 2017 telah berlangsung di SAM Tanjong Karang, Selangor PADA 12 Mac 2018. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Noh Bin Haji Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Pada tahun ini, lokasi majlis lebih dekat jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya.

Pada tahun 2017 adalah merupakan tahun kedua saya mewakili daerah Sabak Bernam dalam dua kategori yang dibuka penyertaannya kepada semua warga pendidik negeri Selangor iaitu dalam penilaian ketegori Digital Story Telling Animation (DSTA) Sekolah Rendah dan juga Amalan Terbaik Guru VLE Sekolah Rendah.

Alhamdulillah, kedua-dua kategori ini adalah Johan selepas penyertaan pertama pada tahun sebelumnya adalah Naib Johan. Dan pada tahun ini, pemenang akan direhatkan daripada menyertai kategori sama pada tahun 2018 agar dapat memberi peluang kepada rakan-rakan guru lain dari daerah negeri Selangor.

Tips yang boleh saya berikan bagi kategori VLE, anda perlu aktif dan mempunyai simpanan bukti yang kukuh yang membuktikan penglibatan anda dalam dunia VLE. Sumbangan-sumbangan anda seperti dalam bidang penulisan blog, penghasilan inovasi dan juga penerbitan modul-modul yang berkaitan sememangnya memberi impak yang besar dalam pemberian skor markah oleh juri. Berusahalah!







# Blogger Pendidikan

# Blogger Pendidikan
Satu komuniti blogger pendidikan terbesar Malaysia dengan misi untuk memangkin kualiti pendidikan Malaysia menerusi penulisan ilmiah pada platform blog.

# YouTube Cikgu

# Langgan Blog Ini

# E-Latihan

Himpunan e-Latihan Matematik UPSR Sekolah Rendah 2020

# Modul Percuma!

# Modul Percuma!
Latih tubi murid tahun 6 UPSR

# Carian Penulisan Lain

pablodolah. Dikuasakan oleh Blogger.

- Copyright © Blog Cikgu Mohd Afiq - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -