Assalamualaikum.

Asalnya bermula di Frog Vle dan dikembangkan dengan bantuan Google.

Google? Sebelum ini aku hanya mengetahuinya sebagai tempat untuk mencari segala jenis macam perkara hatta perkara yang tidak penting dalam hidup. Tetapi apabila mengetahui "Kuasa" sebenar Google terutamanya dalam bidang pendidikan, ianya sangat membantu guru, iaitu Aku sendiri.

Pada Jumaat lalu, aku tiada di sekolah kerana menghadiri taklimat PIBG. Bermakna Pengajaran & Pembelajaran, PDP pada hari itu tidak dapat disampaikan dan kelas diganti oleh guru lain. Aku dengan selamba berkursus sehingga ke akhirnya.

Tiba-tiba, telefon pintar menghantar notifikasi bahawa terdapat beberapa pemberitahuan yang perlu dibaca pada pagi itu. Ingatkan hanya sekadar mesej mengenai Google+ yang dikemaskini oleh rakan lain. Rupa-rupanya pemberitahuan bahawa ada beberapa orang murid yang mengajak aku melihat hasil kerjanya!

 


Kerja murid boleh turut dilihat melalui app Google Drive di dalam telefon pintar. Buka dan lihat di bahagian "Share with me".



Ramai jugak murid yang menghantar tugasan. Aku pun lihatlah satu persatu hasil kerja murid yang telah dihantar. 

Install dulu app Google Slide dalam telefon pintar tu. Jangan lupa.



Masa untuk memberi ulasan/Semak kerja murid. Nasib la guna Note 2. Ada la jugak fungsi pen pintar yang tak pernah guna sejak beli dulu.




Jimat masa. Senang kerja. Sambil terlentang kuak dada pun boleh periksa hasil kerja murid.

Masa permulaan menggunakan aplikasi semacam ini, murid bertanya...
Murid: Saya tak sempat nak siapkan. Boleh tak siapkan nanti?
Guru: Boleh! Buatlah di mana-mana asalkan ada komputer, internet. 

---------------------------------------------------------------------------------
Murid: Cikgu, macam mana nak simpan kerja yang saya buat ni?
Guru: Takyah simpan. Google akan simpankan untuk kamu.
---------------------------------------------------------------------------------
SEKIAN...