Assalamualaikum

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Segala puji bagi Allah.

Setelah cubaan kali kedua, akhirnya aku telah berjaya memperoleh Google Certified Education Level 1 pada petang tadi.

Kisah 23 Mac, pukul 1 petang yang lalu, aku telah mencuba menjawab ujian Google Level 1 atas talian. Aku pilih untuk jalankan ujian di sekolah dengan harapan Zoom Yes termasuk broadband persendirian membantu melancarkan proses.  Tetapi malangnya, aku alami banyak masalah dan menyebabkan berkali-kali aku log out dan log in. Keadaan ini menyebabkan aku gagal menjawab kesemua soalan dalam masa 2 jam 30 minit. Fuh...memang dahsyat macam ambil peperiksaan akhir kursus zaman ijazah dulu.


Untuk lulus adalah 80% tetapi aku hanya peroleh 54% jer.
Kisah 6 Mac, pukul 3 petang tadi pula, daripada masalah yang dialami dulu, aku cuba menduduki soalan ujian dengan menggunakan talian Streamyx 1.0 mbps jer di rumah. Aku alami tiada masalah dan semuanya berjalan dengan lancar. Ujian berjaya dijawab dalam masa 2 jam dan masih berbaki 30 minit. Masa yang lebih aku gunakan untuk menyemak jawapan agar tidak gagal lagi. 

Tiga jenis bentuk soalan iaitu Drag & Drop, Multiple Choice dan Scenario. Pastikan webcam berfungsi!!!...sori, muka serius!

Akhirnya...

Alhamdulillah. Kali ni aku lulus cumanya markah tidak dinyatakan.


Inilah sijil pengiktirafan daripada Google sah untuk 24 bulan / 2 tahun
Bagaimana aku boleh menjawab dua ujian yang sama dalam tempoh masa kurang daripada 14 hari?

Setelah gagal ujian kali pertama, kita hanya dibenarkan menjawab semula ujian ini selepas tempoh 14 hari. Andai aku ikut tarikh itu, maka sayanglah baucer kedua kerana tarikhnya akan terlepas. Sebenarnya aku ada dua keping baucer. Baucer 1 diperoleh semasa menghadiri Seminar 3i tahun lepas manakala baucer 2 diperoleh semasa Gong Xi Fa Chai Study Group with GEG Klang Valley. Kedua-dua baucer ini bertarikh luput yang sama iaitu pada 31 Mac 2016.



Nasib la masih sempat daftar ujian seterusnya dengan baucer 2 dengan syarat menggunakan akaun emel yang berlainan. Bagi baucer 1, aku menggunakan emel peribadi Gmail manakala baucer 2 menggunakan emel YES, Frog Vle. Tak mahu gunakan baucer pun boleh. Kita boleh sediakan duit sebanyak sekitar RM50. 

Sebelum menjawab soalan ujian, kita perlu habiskan 13 modul atas talian yang menerangkan secara menyeluruh mengenai produk Google yang diaplikasikan dalam pendidikan.

Ada tiga jenis soalan iaitu Drag & Drop, multiple Choice dan Scenario semasa menjawab soalan ujian. Scenario lebih kepada menguji kemahiran menjalankan arahan yang diberikan berdasarkan kepada situasi seperti cara menambah "Meeting With Sam" dalam Google Calendar dan langkah menetapkan kalendar supaya perjumpaan dapat dijalankan.

Kepada kawan-kawan lain, selamat menjawab ujian dan seterusnya lulus dengan flying colors.