Assalamualaikum & salam sejahtera.


Gambar selepas kursus bersama Ustaz Hanif.
Banner Frog pun beliau tinggalkan kepada kami.

Sebagai penyelaras GM1M, pada 14 dan 15 Mac yang lalu, Sekolah Tun Doktor Ismail telah pun mengadakan kursus pembinaan laman pembelejaran Frog Vle Siri 1. Kursus ini telah berlangsung di Pusat Kegiatan Guru Sabak Bernam. Kursus bermula pada pukul 8.00 pagi hingga pukul 4 petang.


Bahan kegunaan kursus yang kami gunakan. Disediakan oleh Ustaz Hanif. bit.ly/tnsvle

Apa yang menarik pada kursus kali ini adalah sekolah telah menjemput Ustaz Hanif bin Zaimar dari SK Bandar Rinching sebagai penceramah jemputan. Beliau dijemput atas kebolehannya sebagai pencetus inspirasi kepada guru-guru Sk Tun Doktor Ismail. Beliau telah berjaya mengajak rakan guru menggunakan SCORM dan juga aplikasi luar seperti Onedrive. Semuanya menarik dan penuh inspirasi.


Dapat hadiah beg GEG Malaysia dari Ustaz Hanif.

Ustaz Hanif menghadiahkan frame gambar kepada setiap peserta.

Papan Analitik Frog VLE buat sekolah SKTDI dari Ustaz Hanif.

Bunting belakang pun beliau tinggalkan untuk kami.


Yes!!! Berjaya dapat sijil akhirnya.

Apa yang menarik ialah hadiah yang diberikan kepada sekolah. Sebuah papan analitik pencapaian KPI penggunaan Frog Vle yang sangat menarik yang direka sendiri oleh Ustaz Hanif termasuklah segala jenis banner dan bunting yang ditinggal di sekolah saya. Terima kasih diucapkan.