Archive for Oktober 2015

Video Tutorial (BM) : Memasukkan Kuiz Kahoot! ke dalam Frog Vle.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Kali ini saya kongsikan tutorial bagaimana saya memasukkan kuiz interaktif Kahoot ke dalam laman PdP Frog Vle. Perlu difahami bahawa Frog Vle merupakan platform utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itulah apa-apa isi kandungan pengajaran perlu melalui Frog Vle terlebih dahulu. Tujuan lain adalah memastikannya digunakan dalam mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh pihak jabatan.



Bagi mana-mana murid yang mengalami masalah gangguan internet dan sukar untuk melog masuk ke dalam Frog Vle, aktiviti interaktif ini boleh diteruskan dengan menaipkan "www.kahoot.it" pada omnibox atau pun tempat taip URL.


*saya sendiri turut mengalami masalah seperti ini. Plan B adalah menggunakan cara di atas. Jika dilayan internet yang lambat, masa akan terus terbuang. 

Sekian, Terima Kasih.

DIALOG PRESTASI 2015 -- Perkongsian Amalan Frog Vle, SK Tun Doktor Ismail

Assalmualaikum dan salam sejahtera.

Pada 9 Oktober yang lalu, Sk Tun Doktor Ismail, SKTDI iaitu tempatku mengajar telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Dialog Prestasi Post Mortem Frog Vle peringkat daerah Sabak Bernam. Tujuan utama adalah berkongsikan pengalaman dan aktiviti yang dijalankan di SKTDI yang mana berupaya mengekalkan peratus KPI Frog Vle yang ditetapkan oleh negeri Selangor.

Dalam Dialog Prestasi kali ini, kami menjalankan pengisian kehadiran secara atas talian berasaskan Frog Vle yang diintegrasikan dengan Google Form (Google Borang). Dapatan yang diperoleh ini dapat digunakan nanti untuk membantu sekolah lain yang mencapai KPI Frog Vle. Setiap hadirin disediakan dengan laptop dan semua bahan taklimat seperti Slide Dialog Prestasi, Kuiz Kahoot! dan Padlet telah disediakan di dalam Frog.


Boleh lihat site / laman Dialog Prestasi DI SINI


(INFO) : Rujukan Mengenai FROG VLE dan Dunia ICT Abad 21

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari Selasa merupakan hari persekolahan tetapi sekolah ditutup kerana jerebu atas faktor kesihatan. Oleh itu, saya mengambil kesempatan yang ada untuk berkongsikan beberapa rujukan yang boleh dijadikan sebagai bahan belajar sendiri dalam mendalami ilmu mengenai Frog Vle dan juga mengenai ICT dalam menuju kelas abad ke 21.


Youtube merupakan medium termudah untuk mempelajari sesuatu. Saya akui saya banyak belajar daripadanya. Youtube mudah dan senang diuruskan jika hanya anda mempunyai akaun Google (jika mahu langgan atau simpan pautan video). Melalui channel Guru Muda ini, anda boleh mempelajari banyak perkara asas mengenai penggunaan Frog Vle.



Apa yang saya suka adalah cara beliau memaksimumkan kepelbagaian fungsi Frog Vle untuk Pdp. Integrasi aplikasi Google Online yang sangat baik dan menarik minat bagi mana-mana warga pendidik yang mahu mencubanya termasuklah saya.


Blog ini adalah hasil gabungan idea 4 orang guru (info). Akhirnya berjaya membentuk satu blog perkongsian mengenai ICT abad ke 21. Saya sendiri pernah berjumpa dengan pelopor blog ini dalam Seminar 3i dan saya tertarik dengan apa yang diterangkan dan niatnya dalam membantu rakan-rakan guru di luar sana. Usaha yang mantap! Kipidap!
*Terharu sebab template blognya sama dengan saya.




Laman milik seorang guru yang hebat. Perkongsiaanya sangat berguna kepada warga pendidik. Banyak juga menulis tutorial mengenai Frog Vle. Beliau banyak mencetus idea yang merangsang pemikiran saya untuk terus berfikir mengenai Frog Vle. Terima Kasih Cikgu!

Setakat di sini sahaja perkongsian saya. Sebenarnya banyak lagi usaha hebat dari warga pendidik seperti ini dalam menyampaikan ilmu terbaru kepada kita. Insyallah akan saya tambahkan maklumatnya nanti. Bye Bye
20 Oktober 2015

Masukkan Slides Powerpoint dalam Frog VLE (Google Slide)

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.




Perkongsian kali ini adalah cara lain untuk memasukkan slideshow Powerpoint ke dalam Frog Vle dengan menggunakan Google Slide. Kita boleh juga menggunakan Ispring (rujuk SINI).  Setiap warga pendidik sudah pasti mempunyai akaun YES ID. Oleh itu, caranya adalah bermula di Google Drive milik anda. Senang bukan!


(TUTORIAL) : Edit Semula Kuiz yang Telah Di'Publish' tanpa Merosakkan Kuiz Asal.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kuiz yang telah dipublish tidak boleh diubahsuai lagi. Keadaan ini agak membingungkan mana-mana guru yang ingin menambah dan mengurangkan jumlah bilangan soalan kuiz. Kuiz yang sama tidak dapat lagi ditambah atau dikurang jika kuiz tersebut telah di'publish'.

Oleh itu, di sini saya ada sediakan perkongsian cara bagaimana cara untuk kita mengubahsuai semula kuiz sedia ada.

13 Oktober 2015

Memasukkan Video Youtube dalam Laman Frog Vle (Embed Websites) - Cara 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Cara menggunakan Discover pada widget media telah pun kita ketahui. Sekarang kita beralih pula kepada kaedah kedua dengan menggunakan widget Embed Websites. Cara ini agak teknikal tetapi jika diulang berkali-kali, anda akan terbiasa dengan cara ini. Secara peribadinya, saya menyukai cara ini berbanding cara pertama.


Memasukkan Video Youtube dalam Laman Frog Vle (Discover) - Cara 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selain teks perkataan yang dimasukkan di dalam Frog Vle, elemen penting adalah video. Sumber terdekat dan popular adalah daripada Youtube. Sumber rujukan yang mempunyai pelbagai jenis video yang menarik. Cuma kita saja yang perlu pilih video yang manakah sesuai dijadikan sebagai bahan bantu mengajar di dalam kelas.


Kelemahan cara ini ialah:
1) Video yang disediakan dalam Discover amat terhad dan sukar melakukan pencarian.

2) Video cadangan tidak dapat dihentikan. Ini boleh mengalih tumpuan murid (seperti gambar dibawah)




Jom lihat macam widget media berfungsi memasukkan video Youtube.

(TUTORIAL) : Embed DSKP & MODUL format PDF dalam Laman Frog Vle (Tutorial)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Fail yang berformat pdf adalah tidak boleh diubahsuai dan bersifat kekal. Sebagaimana yang dimaklumi, DSKP dan Modul PdP guru yang dikeluarkan oleh pihak BKP adalah berbentuk pdf. Dua bahan ini sering menjadi bahan rujukan guru dalam merancang pengajaran harian. Memuat turun bahan ini boleh didapati di mana-mana dan boleh disimpan di dalam komputer atau pun laptop.

Bagi saya yang sentiasa membawa buku RPH ke tempat-tempat lain, dua bahan rujukan ini sering tidak dapat disediakan dan menyukarkan langkah dalam penyusunan RPH saya. Oleh itu, saya telah menjadikan Frog VLE saya sebagai platform rujukan dua bahan rujukan terpenting ini.

Saya jadikan dashboard saya sebagai rujukan DSKP & MODUL. Hanya perlu tambah tab/laman di sebelah laman sedia ada sahaja. Jangan lupakan namakan mengikut tajuk yang sesuai.



Bagaimana saya embed fail berbentuk pdf dalam frog VLE adalah seperti berikut:

Gunakan Google Drive anda sendiri. Urus dan atur dokumen anda dengan baik.
Saya muat naik segala DSKP dan MODUL subjek Matematik terlebih dahulu.

Jika anda melihatnya sendiri, mode ini tidak perlu diubah. Melainkan jika anda membina site khas untuk DSKP dan MODUL, adalah diwajibkan untuk menghidupkan mode share/kongsi kepada awam.

Jangan salin URL selagi anda tidak tekan pop out/pop keluar.


Inilah masanya untuk salin URL. Pastikan dihujungnya mempunyai perkataan "view"





Tukar 300 kepada 1000 adalah untuk memastikan dokumen pdf dimuatkan dengan baik dengan kebesaran bingkai yang sesuai.


Jika anda tidak selesa dengan paparan jenis ini, anda boleh memuat turun dokumen ini dengan cara menekan pop out / pop keluar.


TERIMA KASIH

(SHARE) : Kelab Upin Ipin Frog Vle SKTDI.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini saya ingin kongsikan bagaimana saya menghasilkan contoh laman santai untuk murid-murid yang gemar dengan animasi Upin dan Ipin. Boleh dikatakan hampir semua kanak-kanak mengetahui watak animasi ini dan tahu membezakanya. 

Idea asli?

Tentu bukan daripada saya. Ini adalah idea yang dikongsikan kepada saya oleh seorang guru Admin Frog SK Bandar Rincing, Ustaz Hanif Zaimar yang telah membentangkan laman inovasinya dalam seminar 3i tempoh hari. Idea asalnya adalah mengenai laman bilik videonya yang dihasilkan daripada himpunan banyak laman lain yang dipautkan bersama. Dalam masa yang sama, jumlah binaan laman untuk bulan tersebut dapat ditingkatkan. Ini adalah satu strategi yang perlu dipraktikkan!


Bahan seminar 3i untuk Laman Inovasi Ustaz Hanif Zaimar boleh dirujuk di sini.

Daripada cetusan idea ini, saya telah mencuba untuk menghasilkan satu Kelab Upin & Ipin khas untuk warga Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail, Sabak Bernam. Kelab ini adalah jenis santai dan untuk keseronokkan murid terhadap sistem Frog Vle. Di dalam laman ini, saya telah masukkan elemen:
  • Embed video (untuk membenamkan video Youtube)
  • Media (Memasukkan gambar/imej)
  • Google form (Borang untuk mendaftar ahli kelab)
  • Google sheet (Paparan siapa dan berapa jumlah ahli terkini).


Di sini saya sertakan laman Kelab Upin & Ipin.


Halaman utama Kelab Upin & Ipin

Buku pendaftaran Kelab.

Video dari Youtube yang telah dibenamkan / embed

Senarai nama ahli yang telah mendaftar, saya cuba nama sendiri.
Sekian, terima kasih.
03 Oktober 2015

Cantikkan Laman Frog Vle dengan CoolText

Assalmualaikum dan salam sejahtera.

Pada perkongsian kali ini, saya ingin mengajak pembina laman pengajaran Frog Vle untuk menghasilkan laman yang menarik. Perisian online yang ditawarkan secara percuma ialah CoolText yang sangat menarik untuk digunakan. CoolText ialah pereka grafik automatik yang berperanan menghasilkan tulisan/font dengan gaya yang tersendiri tanpa memerlukan kerja yang berat. Semua orang boleh melakukannya!

Betapa banyak jenis gaya rekaan tulisan yang boleh dihasilkan. Ianya PERCUMA!
Saya turut menggunakannya dalam laman Frog Vle saya untuk menarik minat murid. Widget Teks asal Frog Vle tidak berapa menonjol.

CoolText kini sudah berada dalam laman pembelajaran murid.


Taipkan perkataan yang diinginkan.
8 jenis format yang boleh dipilih. Jika JPG, belakang perkataan akan mempunyai background berwarna putih. Pilih PNG w/ Transparency untuk perkataan tanpa background.


Sekian sahaja. Harap perkongian ini membantu anda semua.











# Bunting Matematik

# Ikuti Blog Ini

# Modul Percuma!

# Modul Percuma!
Latih tubi murid tahun 6 UPSR

# Koleksi Buku Program

# Koleksi Buku Program
Disediakan dalam Powerpoint size A4

# Carian Penulisan Lain

pablodolah. Dikuasakan oleh Blogger.

- Copyright © Blog Cikgu Mohd Afiq - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -