Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Fail yang berformat pdf adalah tidak boleh diubahsuai dan bersifat kekal. Sebagaimana yang dimaklumi, DSKP dan Modul PdP guru yang dikeluarkan oleh pihak BKP adalah berbentuk pdf. Dua bahan ini sering menjadi bahan rujukan guru dalam merancang pengajaran harian. Memuat turun bahan ini boleh didapati di mana-mana dan boleh disimpan di dalam komputer atau pun laptop.
Bagi saya yang sentiasa membawa buku RPH ke tempat-tempat lain, dua bahan rujukan ini sering tidak dapat disediakan dan menyukarkan langkah dalam penyusunan RPH saya. Oleh itu, saya telah menjadikan Frog VLE saya sebagai platform rujukan dua bahan rujukan terpenting ini.
Saya jadikan dashboard saya sebagai rujukan DSKP & MODUL. Hanya perlu tambah tab/laman di sebelah laman sedia ada sahaja. Jangan lupakan namakan mengikut tajuk yang sesuai.
Bagaimana saya embed fail berbentuk pdf dalam frog VLE adalah seperti berikut:
|
Gunakan Google Drive anda sendiri. Urus dan atur dokumen anda dengan baik. |
|
Saya muat naik segala DSKP dan MODUL subjek Matematik terlebih dahulu. |
|
Jika anda melihatnya sendiri, mode ini tidak perlu diubah. Melainkan jika anda membina site khas untuk DSKP dan MODUL, adalah diwajibkan untuk menghidupkan mode share/kongsi kepada awam. |
|
Jangan salin URL selagi anda tidak tekan pop out/pop keluar. |
|
Inilah masanya untuk salin URL. Pastikan dihujungnya mempunyai perkataan "view" |
|
Tukar 300 kepada 1000 adalah untuk memastikan dokumen pdf dimuatkan dengan baik dengan kebesaran bingkai yang sesuai. |
|
Jika anda tidak selesa dengan paparan jenis ini, anda boleh memuat turun dokumen ini dengan cara menekan pop out / pop keluar.
TERIMA KASIH |
0 Comments