Archive for November 2011

Selamat Tinggal "Mathkillerz"

Assalamualaikum.

Pada hari Jumaat, 18 Nov yang lalu, aku dan rakan-rakan sekelas yang lain telah mengadakan satu majlis perpisahan menamatkan pengajian di Bangi Golf Resort. Bagi aku. Bangi Golf Resort tempat yang sangat BEST. Rating yang boleh aku bagi adalah 9/10.

Selama lima tahun setengah aku bersama dengan mereka. Tiada ucapan yang mampu aku ucapkan melainkan ucapan terima kasih untuk segalanya selama perkenalan ini. Semoga hubungan kita tidak putus di sini. Dengan adanya kemudahan dan jaringan komunikasi yang luas, aku harap kita dapat berjumpa dan terus menghubungi satu sama lain. Semoga kita menjadi guru matematik yang hebat dan terbilang.




















Kuliah PISMP 8.07 IPG KPI

Assalamualaikum.

Hari ini merupakan hari yang ceria walaupun keadaan cuaca tidak berapa mengizinkan kerana mendung. Aku bersama seorang rakan telah ditugaskan untuk mengambil gambar kelas PISMP 8.07 dari institut sama dengan tempat aku belajar.

Mereka juga merupakan rakan-rakan satu batch aku juga. Ini adalah merupakan tugasan berbayar pertamaku semenjak memegang kamera DSLR. Tempat pengambaran adalah di depan Istana Kehakiman, Putrajaya.














Semua gambar di atas hanya menggunakan kamera DSLR D5000 + 18-55mm (kit lens). Terdapat minor editing pada gambar-gambar ini.

MEMORI TERCIPTA

"MEMORI TERCIPTA"

Itulah tajuk majlis perpisahan kami iaitu Mathkillerz selama 5 tahun setengah tempoh perkenalan. Dalam waktu yang sesingkat itu, banyak dugaan yang dilalui...sama ada pahit dan manis. Semua kenangan-kenangan itu akan aku abadikan ke dalam lubuk sanubariku.

Tiada sepatah kata yang boleh aku lontarkan waktu ini kerana aku masih terkenang-kenangkan detik suka dan duka kita bersama. Dari 20 orang awalnya dan kini menjadi 18 orang. 2 orang lagi sudah pergi meninggalkan kami semua.

Aku merupakan seorang bakal guru yang mengambil kursus PISMP Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik Sekolah Rendah. Kini, tibalah masanya kita berpisah kawan-kawan. Oleh itu, aku telah berusaha dengan kawan-kawan yang lain dalam menghasilkan sebuah video sebagai kenang-kenangan kita bersama.

Semoga hubungan kita tidak putus di sini dan terus berkekalan sehingga ke akhirnya.








18 November 2011

One Little Child

One Little Child


Two Little Child


I hate U

# Blogger Pendidikan

# Blogger Pendidikan
Satu komuniti blogger pendidikan terbesar Malaysia dengan misi untuk memangkin kualiti pendidikan Malaysia menerusi penulisan ilmiah pada platform blog.

# YouTube Cikgu

# Langgan Blog Ini

# E-Latihan

Himpunan e-Latihan Matematik UPSR Sekolah Rendah 2020

# Modul Percuma!

# Modul Percuma!
Latih tubi murid tahun 6 UPSR

# Carian Penulisan Lain

pablodolah. Dikuasakan oleh Blogger.

- Copyright © Blog Cikgu Mohd Afiq - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -