Assalamualaikum.
Pada hari Jumaat, 18 Nov yang lalu, aku dan rakan-rakan sekelas yang lain telah mengadakan satu majlis perpisahan menamatkan pengajian di Bangi Golf Resort. Bagi aku. Bangi Golf Resort tempat yang sangat BEST. Rating yang boleh aku bagi adalah 9/10.
Selama lima tahun setengah aku bersama dengan mereka. Tiada ucapan yang mampu aku ucapkan melainkan ucapan terima kasih untuk segalanya selama perkenalan ini. Semoga hubungan kita tidak putus di sini. Dengan adanya kemudahan dan jaringan komunikasi yang luas, aku harap kita dapat berjumpa dan terus menghubungi satu sama lain. Semoga kita menjadi guru matematik yang hebat dan terbilang.
0 Comments