"MEMORI TERCIPTA"

Itulah tajuk majlis perpisahan kami iaitu Mathkillerz selama 5 tahun setengah tempoh perkenalan. Dalam waktu yang sesingkat itu, banyak dugaan yang dilalui...sama ada pahit dan manis. Semua kenangan-kenangan itu akan aku abadikan ke dalam lubuk sanubariku.

Tiada sepatah kata yang boleh aku lontarkan waktu ini kerana aku masih terkenang-kenangkan detik suka dan duka kita bersama. Dari 20 orang awalnya dan kini menjadi 18 orang. 2 orang lagi sudah pergi meninggalkan kami semua.

Aku merupakan seorang bakal guru yang mengambil kursus PISMP Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik Sekolah Rendah. Kini, tibalah masanya kita berpisah kawan-kawan. Oleh itu, aku telah berusaha dengan kawan-kawan yang lain dalam menghasilkan sebuah video sebagai kenang-kenangan kita bersama.

Semoga hubungan kita tidak putus di sini dan terus berkekalan sehingga ke akhirnya.