13 January 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Tahukah anda di dalam platform Frog Vle, kita sebenarnya boleh melihat dan menyimpan buku teks secara digital? Ada banyak buku teks yang terdapat di dalamnya. Cumanya edisi buku Teks Sekolah Kebangsaan (SK) adalah terhad berbanding SJK. Pastikan anda mempunyai akaun YES dan Frog Vle. Jangan lupa ya!

Walaupun begitu, perkara ini tidak menjadi masalah yang besar memandangkan kita sendiri boleh meminjamnya dari sekolah jika ada lebih atau pun yang dibeli sendiri. Jika versi digital ini disediakan lengkap meliputi semua subjek, sudah tentulah kerja guru yang mahir dengan cara copy, paste dan crop akan bertambah ringan.

Yang pertama, pergi ke laman FrogStore. Terdapat banyak sumber rujukan yang berada di sana. Untuk buku teks digital, ianya perlu dimasukkan ke dalam Pustaka Saya (My Library) terlebih dahulu. Barulah ianya dapat dilihat dan diguna pakai. Buku teks juga boleh dilihat pada rak buku Frog Vle anda. JOM!


Kita boleh menambah semua buku teks digital tersebut ke dalam Pustaka Saya. Kemudian, bina sebuah laman khusus untuk menempatkan kesemua buku teks tersebut. Secara tidak langsung, anda telah mempermudahkan kerja guru dan murid. Makin banyaklah binaan laman anda!


 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

LATIH TUBI MATEMATIK UPSR

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -