Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Letih dan menyeronokkan !

Itulah ungkapan yang boleh saya gambarkan ketika masa selesai mengikuti sebuah seminar anjuran syarikat terbesar dunia iaitu Google. Seminar 3i merupakan singkatan kepada Seminar Ilmu. Integrasi. Inovasi yang bertemakan 'Terokai Minda Bersama' yang berlangsung selama dua hari. Semua peserta yang menghadiri seminar ini boleh dikatakan adalah warga pendidik yang ingin menambah ilmu dalam bidang ICT.

Hari Pendaftaran Seminar 3i

Saya adalah seorang guru yang berasal dari daerah Sabak Bernam. Alhamdulillah, rupa-rupanya saya tidak berseorangan kerana dua orang lagi rakan saya turut serta hadir dalam seminar ini. Seorang ustaz dari SK Khir Johari dan seorang guru bahasa Inggeris dari SJK(T) Ladang Sabak. Kesemuanya adalah lelaki. Selain guru biasa , saya turut menerima maklumat bahawa pengetua, guru besar, pegawai PPD, blogger terkena turut serta dalam seminar 3i ini. Wow !


Sepanjang dua hari perkongsian ilmu teknologi terkini oleh para pembentang, saya peroleh banyak maklumat yang boleh dibawa ke sekolah nanti. Bermula pada hari Sabtu, hari pertama seminar, saya dan rakan baik memasuki kelas yang dikendalikan oleh Cikgu Normie, GEG daerah Gombak mengenai Chrome Extensions & Applications. Beliau berkongsi mengenai apps dan extension di dalam Chrome yang sangat berguna untuk warga pendidik. Sebagai contoh adalah Awesome Screenshot (merakam paparan skrin komputer dengan mudah), Turn Off the Light (Mengelapkan skrin ketika menonton YouTube), URL Shortener (Memendekkan URL yang panjang), AdBlock (menghalang iklan/pop up yang tidak diingini), dan lain-lain lagi.

Saya bersama Cikgu Normie yang Superb! : Google Extensions.

Jam seterusnya, saya menghadiri pula Cool Google Tool to Help with English yang disampaikan oleh Martin Mckay. Ianya merupakan sebuah Chrome extension jenis Premium yang mana boleh digunakan selama 30 hari. Extension jenis ini sangat berguna untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak yang mempunyai kesukaran dalam menguasai bahasa Inggeris. Extension boleh dipasang dengan melayari Google Web Store > Read & Write.

Read & Write Extension membantu menguasai bahasa Inggeris.

Sebelah petang hari Sabtu, saya melihat pula Hangouts : Keeping in Touch with the World yang disampaikan dalam bahasa Inggeris oleh Pn Tan Shin Yee. Sangat mengujakan di mana dengan apps ini kita mampu membawa murid-murid sekolah berhubung dengan murid sekolah lain di dalam atau pun luar negara. Beliau telah menjalankan 'Twinning Program' dengan sekolah di luar negara dan hasilnya sangat menarik dan murid mampu bertukar-tukar maklumat sesama mereka. Inilah hasrat pendidikan Malaysia.

Hangouts : Keeping in Touch with the World oleh Pn Tan Shin Yee

Esoknya pula, saya ke slot Ustaz Hanif Zaimar mengenai Laman Inovasi Frog VLE. Slot inilah yang mengerakkan kaki saya untuk menghadiri seminar ini. Perkongsian yang sangat menarik dan berjaya meningkatkan motivasi diri saya. Beliau bergerak sangat aktif dengan Frog Vle walaupun baru 9 bulan beliau sebagai Frog Admin sekolah. Hebat !





Slot terakhir saya adalah mengenai Google Calander yang disampaikan oleh Ng Joo Hui. Selalunya kita banyak bergantung kepada kalender percuma yang diperoleh semasa membeli kasut mahupun baju seluar. Tetapi dengan Google Calander kita mampu membawa ke mana-mana saja tarikh penting yang sukar diingati di dalam telefon pintar. Walaupun masa yang singkat tetapi bermakna dan mampu membuka minda warga pendidik.

Peserta Seminar : Slot Google Calander.

Majlis seterusnya adalah acara penutupan. Semua peserta seminar berkumpul di tingkat 11. Acara yang dinanti-nantikan oleh semua peserta iaitu cabutan bertuah berada ditingkat ini. Hadiah menarik adalah sebuah Chromebook, Power Bank, Chrome Cast, Voucher Google Level 2 dan lain-lain lagi. Tahniah diucapkan kepada pemenang. Rezeki saya mungkin di masa yang lain. 
Slot Penutup hari pertama seminar.
Kad Frog Vle.
Luqman Jauhari, JU Frog Selayang
Peserta memenuhi tempat duduk sebelum majlis penutup berlangsung.
Nak tunjuk sikit.

Saya bersama Blogger, CikguIK dari kiri, JU Frog Selayang, Luqman Jauhari, dan Bekas JU Frog, Suhaimi Abu.





Mendengar taklimat dari wakil YTL mengenai World Largerst Lesson.


Bergambar PERCUMA.

Baucer Tunai untuk makan tengah hari

Slot tersalah masuk. Nak masuk level 1, termasuk level 2. Tapi tak per la.