11 July 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.


Masalah yang sering saya alami semasa mengadakan PDP dengan menggunakan Frog VLE ialah capaian internet dari Zoom kurang stabil. Zoom berkomunikasi dengan pencawang 4G secara wireless dan kemudiannya menyebarkan internet kepada alat yang berkomunikasi dengannya. Senang cerita, Zoom sebagai router wifi kita. Faktor persekitaran dan kedudukan sekolah serba sedikit mempengaruhi kekuatan capaian internet di sekolah kerana halangan sedia ada melemahkan kekuatan signal asal. Turut tidak dilupakan faktor cuaca. Cuaca yang gelap, suram dan kelihatan seperti mahu hujan, kualiti internet didapati menurun sedikit.

Selalunya, murid akan kata pada guru semasa Frog Vle....

"Cikgu....kenapa saya tidak dapat internet?"...
"Cikgu....kenapa Frog saya lambat loading?"...
"Cikgu....Kenapa site saya tak keluar gambar macam kawan sebelah saya?"
"Cikgu....kenapa video You Tube saya tersekat-sekat?"
"Cikgu...kenapa asyik keluar perkataan error jer?"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebelum PDP berjalan, kebiasaannya saya akan menguji kelajuan internet YES terlebih dahulu. Jika hasil download 4Mbps ke atas, maka saya tidak akan menghadapi banyak masalah kritikal. Jika capaian internet di bawah 2Mbps, maka hanya saya seorang sajalah yang menggunakan Frog. Manakala murid lain duduk dan memerhatikan isi PDP yang ingin disampaikan. Hanya guru seorang sahaja yang menggunakan Frog. Jika saya biarkan 2Mbps terus digunakan oleh 40 orang murid....cuba bayangkan 2mpbs dikongsi dengan 40 orang murid dalam satu masa....hasilnya setiap murid hanya layak menggunakan 0.05Mbps. Itulah sebab mengapa soalan di atas datang bertubi-tubi ke atas kepala saya.


Selain itu, masalah lain yang perlu difahami ialah kotak Zoom itu sendiri yang tidak menyokong jumlah pengguna yang terlalu ramai sebagai contoh 40 orang murid dalam satu-satu masa. Jika seorang guru menggunakan sebuah Zoom sahaja untuk murid seramai 40 orang, maka masalah sambungan internet dari Zoom ke Komputer akan terjejas. Akan timbul perkara di mana sebahagian murid sahaja yang dapat masuk ke internet dan yang selebihnya akan menekan-nekan keyboard sambil menunggu sambungan internet. Kecewa bukan!


Walaupun sambungan internet berjaya dilakukan, amatlah malang jika kekuatan internet tidak membantu. Perkara ini bertambah parah apabila ada sebilangan murid yang berjaya menonton video You Tube manakala murid yang lain duduk termenung memerhatikan Frog yang berpusing-pusing sambil memandang cemburu rakan yang berjaya dengan You Tube nya !


Cara penyelesaiannya ialah...kita boleh gunakan lebih daripada 2 kotak Zoom untuk melancarkan proses PDP. Separuh murid berhubung dengan Zoom A manakala separuh lagi dengan Zoom B. Lebih banyak Zoom lebih baik dan stabil. Kepuasan pelanggan kita iaitu murid akan terjaga. Murid pun gembira.


Selain itu, cara saya ialah dua orang murid menggunakan sebuah komputer sahaja. Mereka berdua berkongsi satu komputer dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Jika masa masih ada, rakan kepada pasangan kita pula yang log in untuk menyiapkan tugasan. Cara bergilir-gilir boleh dilakukan. Asalkan tempoh masa PDP kita masih berbaki panjang. 

Apa yang boleh saya katakan sebagai penutup ialah FrogVle adalah medium komunikasi zaman kanak-kanak masa kini. Mereka bukan seperti zaman kita dahulu kala. Mereka lebih tahu berbanding kita kerana mereka hidup pada zaman mereka sendiri. Apa yang boleh kita bantu sebagai guru ialah memandu mereka dengan betul untuk hidup dalam zamannya. 

Walaupun FrogVle banyak kerenahnya tetapi sebenarnya memberi saya idea untuk berfikir untuk atasi masalah seperti ini. Saya tidak bergerak sendirian, tetapi saya punyai rakan sekerja sebagai pembantu. Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

LATIH TUBI MATEMATIK UPSR

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -