26 June 2011

Assalamualaikum.

Hari ni merupakan hari kedua aku bermain-main dengan makro. Pada hari ni jugak aku tak tau lagi faktor pembesaran objek apabila menggunakan extension tube ni. Biasanya yang aku tau, ramai orang nak menpunyai makro yang mempunyai faktor pembesaran 1:1. Untuk extension tube ni, aku kira kemudianlah sebab aku malas nak mengira buat masa ini. Entah berapa agaknya faktor pembesaran bagi setiap ring tu agaknya.

Sebagai permulaan, aku nak upload lah sekeping dua gambar yang diambil pada hari kedua aku sebagai pengemar makro. Betul ker gemar? hehe...Tawaf punyer tawaf sekeliling rumah, akhirnya jumpelah beberapa serangga kecil untuk aku berlatih skill makro. Macam pro jer bunyinya....hehe...















Labah2 ni telah membuatkan aku mengelabah. Maklumlah kali pertama berhadapan dengan labah2 ni dengan menggunakan kamera. Sebelum ni aku buat dek jer. Tak heran pasal benda2 ni. Tapi kali ni, aku kena ambil heran sebab aku nak simpan gambar kenangan mula2 aku bermakro...hehe...

Bile dah gelabah, aku pun terlupa la cara nak kompos lelabah ni pada tempatnya. Last2 aku shot jer la. Bila aku tgk balik kat LCD kamera, aku terkejut bile aku nampak sesuatu yang ganjil pada badan lelabah ni. Sekali anak2 dia la....Barulah aku tau lelabah bawak anak die kemana-mana jer die pergi. Patutlah gemuk semacam jer...

Gambar2 ni agak hancur. Sebab ISO aku gunakan agak tinggi kira2 400 hingga 500. Nantilah aku buatkan diffuser yang best sikit. Barulah boleh gune shutter speed tinggi dengan ISO yang rendah... hehe...

Mata dah mengantuk tangan dah letih menaip. sampai di sini saja...Wasalam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

LATIH TUBI MATEMATIK UPSR

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -