Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua.
Di ambil pada 8 Febuari 2011 pada pukul 9.48 malam
Diambil pada 13 Febuari 2011 pada jam 10 15 malam
Bulan oh bulan...
Terdapat beberapa tips atau teknik ketika mengkap gambar bulan. Apa yang perlu kita tahu ialah bumi berputar pada paksinya. Apabila berlakunya putaran, sedah tentulah bulan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di langit sana jika kita lihat dari bumi.
Jadi, apa yang perlu anda ada dan anda harus lakukan ialah
TRIPOD
Ini merupakan peralatan yang penting dalam situasi ini. Untuk mendapatkan gambar yang sharp yang penuh details pada permukaan bulan, tripod memainkan peranan yang paling utama. Hal ini kerana, tripod membantu menyokong kamera dan lensa bagi mengelakkan sebarang gegaran yang memungkinkan gambar anda menjadi kabur. Tripod pula perlu kukuh dan mantap. Jangan disebabkan angin malam bertiup pun, tripod anda boleh melayang dan tumbang.
LENSA
Lensa memainkan peranan yang begitu penting juga. Untuk hal ini, lensa yang berjarak fokal yang besar seperti 150mm adalah amat sesuai. Bagi saya yang memiliki lensa Sigma 70-300mm, saya telah menggunakan jarak fokal yang maksimum sebanyak 300mm untuk gambar bulan di atas. Bagi sesiapa yang memiliki kit lens 18-55mm, adalah tidak digalakkan sama sekali.
SETTING
Pada kamera kita, terdeapat pelbagai mode. Ada mode A, S dan M. Dalam hal ini, saya menggunakan mode Manual. Letakkan jumlah aperture pada f8 - f11 dan laraskan juga kelajuan shutter. Shutter perlu ditingkatkan kerana jika shutter rendah digunakan akan menyebakan gambar kelihatan kabur kerana bumi kita sedang berputar. Bila shutter laju, maka, putaran itu dapat dihentikan dan bulan dapat dirakamkan. Jangan anda menggunakan mode A kerana pada waktu malam kebiasaannya kelajuan shutter akan menjadi perlahan walaupun anda menggunakan aperture f5.6 kerana kamera memerlukan cahaya. Padahal kita bukannya mahu memerlukan cahaya yang banyak untuk memenuhkan frame tetapi hanya pada bahagian permukaan bulan sahaja.
LIVE VIEW
Bagi kamera yang memiliki live view amatlah beruntung. Bila kita menangkap gambar bulan, kamera perlu didonggakkan ke langit kerana mungkin bulan berada betul-betul di atas kepala kita. Dengan adanya live view, anda tak perlu lagi nak jenguk-jenguk pada viewfinder tetapi hanya perlu pada skrin kamera. Senang dan mudah tanpa menyakitkan pinggang anda.
FOCUS POINT
Saya menggunakan single fokus point. Letakkan titik fokus betul-betul pada bulan. Jika anda menggunakan antofokus, kadang kala mengambil masa yang agak lama kerana kamera tidak mampu mencari fokus dalam keadaan yang gelap.
METERING
Saya menggunakan spot metering kerana saya mahukan details pada permukaan bulan. Bagi sesiapa yang tidak tahu apa itu metering, dapat bantuan En Google segera.
ISO
Dapatkan ISO yang paling kecil. Hal ini bagi mengelakkan kesan noise yang tinggi yang kemudiannya akan menghilangkan details pada bulan. Lagi pun anda menggunakan tripod. Jangan takut menggunakan ISO yang paling kecil kamera anda miliki.
SELF TIMER @ SHUTTER RELEASE
Bagi sesiapa yang tiada shutter release, kita boleh gunakan self timer pada kamera. Jangan malu jika kamera anda berbunyi bip berulang kali. Yang penting hasilnya lumayan dan mantap.
0 Comments