Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sepanjang minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasa di Malaysia, sektor pendidikan menerima kesan yang sangat besar kerana guru dan murid tidak dapat hadir ke sekolah. Keadaan ini sangat merisaukan terutamanya guru subjek yang mengajar kelas peperiksaan. Malaysiakini pada 12 April menyiarkan bahawa KPM kemungkinan besar akan mengubah tarikh-tarikh peperiksaan (sini).

Dalam mematuhi perintah kerajaan, para guru di saat ini sangat aktif menyertai PLC atas talian yang dianjurkan oleh guru yang lebih mahir contohnya seperti Rumahkod. Banyak perkongsian idea dan ilmu telah disampaikan kepada guru di Malaysia khususnya. Selepas sahaja sesi perkongsian itu, saya mendapati banyak penghasilan bahan daripada kalangan para peserta terutamanya soalan kuiz Google Form, Quizizz, Google Site guru dan lain-lain lagi. Untuk belajar sesuatu yang bermakna daripada Rumahkod boleh rujuk (sini).





Untuk kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda semua beberapa laman Google Sites yang telah dibina oleh warga pendidik khususnya subjek Matematik. Walaupun begitu, subjek lain turut disertakan bersama dalam penulisan kali ini.


[1] Laman Matematik Bersama Cikgu Azneera
🌟 Merupakan laman subjek Matematik sekolah rendah
 ðŸŒŸ Mengandungi 2 siri latihan Google Form
 ðŸŒŸ Setiap siri mempunyai 10 set.
 ðŸŒŸ Sesuai untuk murid tahun 5 dan 6.

<< Klik Untuk Lihat Laman >>





[2] Laman Kelas Matematik Online (KEMON)
🌟 laman subjek Matematik sekolah rendah & menengah.
 ðŸŒŸ Mengandungi nota, latihan & kuiz
 ðŸŒŸ Latihan boleh dicetak

<< Klik Untuk Lihat Laman >>




[3] Laman Kuiz Online SK

🌟 laman subjek Matematik sekolah rendah
 ðŸŒŸ Mengandungi pelbagai soalan kuiz interaktif
 ðŸŒŸ Mengandungi pelbagai subjek untuk dipelajari

<< Klik Untuk Lihat Laman >>








[4] Galeri Ilmu PPD Keramat


🌟 Laman pelbagai subjek rendah (sk/sjkc) dan menengah
🌟 Mengandungi pelbagai subjek untuk dipelajari
🌟 Inisiatif Pejabat Pendidikan Daerah Keramat
 ðŸŒŸ Kuiz matematik untuk kelas DLP & bukan DLP

<< Klik Untuk Lihat Laman >>




[5] E-KERJARUMAH Cikgu Akmal
🌟 Mengandungi pelbagai subjek untuk dipelajari
🌟 Dihasilkan oleh guru untuk murid
🌟 Laman pelbagai subjek rendah
 ðŸŒŸ Menyediakan kuiz matematik tahun 3