Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Guru & Murid Melonjakkan 'Google Classroom' Malaysia di Mata Dunia!
Sebenarnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh kerajaan mempunyai hikmah yang besar kepada warga pendidik.
Mana tidaknya, sepanjang minggu ada sahaja aktiviti yang dianjurkan oleh guru aktif seperti telesidang menggunakan Google Meet.
Terdapat juga guru yang menjalankan PLC dengan berkongsi apa-apa ilmu yang boleh dipelajari guru lain sebagai contoh tutorial membina Google Sites, cara memberi tugasan melalui Google Classroom, cara membina kuiz Google Form dan sebagainya.

Seterusnya apa yang lebih membanggakan lagi ialah negara Malaysia telah mencatatkan carian frasa "Google Classroom" yang tertinggi di dunia (Sinar Harian). Hal ini menunjukkan cikgu Malaysia tidaklah duduk bersenang lenang sepanjang musim PKP ini.
Selain daripada frasa Google Classroom, terdapat juga beberapa frasa carian lain yang berkaitan pendidikan musim PKP yang saya catatkan di bahagian akhir penulisan ini.
Selain daripada frasa Google Classroom, terdapat juga beberapa frasa carian lain yang berkaitan pendidikan musim PKP yang saya catatkan di bahagian akhir penulisan ini.
Sumber : Facebook KPM |
Apakah itu Google Classroom (GC)?
Satu plantar pembelajaran baru yang dipilih bagi menggantikan plantar Frog VLE bermula 1 Julai 2019. Ianya dipilih kerana sifatnya yang mesra dan memudahkan urusan seharian guru. Contohnya Google Sites yang membenarkan guru membina laman PDP dengan lebih kreatif, menarik dan berkesan. Murid pula dapat mengaksesnya dengan mudah malah dapat berinteraksi dengan laman yang dibina guru dengan gembira.
|
Terdapat pelbagai cara untuk log masuk ke dalam Google Classroom. Cara yang paling popular adalah dengan mengakses portal GC yang disediakan (sini).
Bagi guru dan murid yang ingin mendapatkan ID dan password akaun GC, sila hubungi penyelaras GC sekolah masing-masing.
Bagi guru dan murid yang ingin mendapatkan ID dan password akaun GC, sila hubungi penyelaras GC sekolah masing-masing.
Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah teraju Dr Mohd Radzi Mt Jidin sangat menekankan penggunaan Google Classroom disamping lain-lain cara pelaksanaan PDP di rumah sepanjang musim PKP ini.
Sehingga kini, guru dan murid masih aktif menggunakan Google Classroom walaupun kita dilaporkan oleh SKMM bahawa talian internet negara mengalami kesesakan sepanjang musim PKP ini. Mana tidaknya minggu pertama PKP sahaja sudah menunjukkan peningkatan penggunaan sebanyak 23.5% dalam aliran internet.(Amanz)
Tahukah anda, selain daripada frasa Google Classroom, terdapat frasa popular lain (berkaitan pendidikan) yang dicari oleh guru dan murid di Malaysia pada 20 Mac sehingga 20 April.
[1] - Google Form (tempat ke-2)
[2] - Quizizz (tempat ke-3)
[3] - Google Sites (tempat ke-16)
[4] - Webinar (tempat ke-13)
[5] - Google Meet (tempat ke-8)
[6] - Zoom (tempat ke-27)
[7] - Edpuzzle (tempat ke-7)

0 Comments